resepi ketupat palas

Setiap kali tiba bulan Syawal, ketupat palas merupakan antara menu yang wajib ada pada pagi raya. Selalunya orang akan buat ketupat pulut yang kosong, tetapi kali ini MyResipi nak kongsikan resepi ketupat palas versi kacang.

Ketupat kosong lebih sedap dimakan bersama rendang mahupun serunding pedas, jika dimakan begitu sahaja akan terasa ‘kosong’. Jika cuba ketupat kacang ini pula, ia boleh diratah begitu sahaja kerana ada kacang merah yang menjadi penambah rasa.

Kalau nak tahu macam mana cara membuat ketupat kacang, mari kita ikuti perkongsian resipi oleh Mohd Azril menerusi grup Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN) seperti di bawah ini. Selamat mencuba.

Baca juga: Cara Balut Ketupat Palas, Yang Tak Tahu Kena Belajar Buat!

RESEPI KETUPAT PALAS KACANG

Bahan-bahan:

– Kacang merah
– 1 kg beras pulut
– 4 cawan santan pekat
– 1 sudu besar gula
– 2 sudu kecil garam
– 3 helai daun pandan
– 3 sudu besar minyak (jika guna santan kotak)
– Daun palas secukupnya

Cara-cara:

1.  Rendam kacang merah selama 1 jam atau lebih. Kemudian, rebus dengan 1/2 sudu kecil garam sehingga lembut dan toskan.

2. Seterusnya, rendam pula beras pulut selama 20 minit. Seleoas itu, cuci bersih dan toskan.

3. Masukkan santan pekat, gula, garam dan minyak masak dalam periuk. Panaskan sambil dikacau selalu. Masukkan jugak daun pandan yang disimpul rapi.

4. Kemudian, masukkan beras pulut dan kacau sampai santan kering.

5. Masukkan kacang merah dan kacau lagi. Adunan ini memang mentah.

6. Tutup api. Sejukkan sekejap dan boleh dibalut dengan daun palas.

resepi ketupat palas

7. Selepas siap membalut, rebuskan ketupat seketika dan angkat. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Mohd Azril via Masak Apa Hari Ni

Baca juga: Resipi Lemang Kukus Guna Cawan, Tak Perlu Susah-Susah Guna Buluh!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN