Limau Strawberi Berkrim

Mari cuba buat air limau strawberi berkrim yang segar dan menyejukkan tekak ini. Dengan bahan-bahan yang mudah didapati dan langkah-langkah yang mudah diikuti, anda boleh nikmati minuman istimewa ini di rumah.

Kombinasi unik antara rasa masam limau dan manis strawberi dengan tekstur berkrim membuatkan minum ini menjadi pilihan yang sempurna untuk hilangkan dahaga pada hari yang panas.

Baca juga: Air Teh Kacukan Guna Resipi Chef Dave, Mengancam Tekak Dibuatnya!

Kalau cuaca panas terik, kebiasaanya kita mesti akan mencari minuman yang menyegarkan untuk melegakan badan, dengan harapan dapat menghilangkan rasa kering di bahagian kerongkong. Sesekali mencuba, apa salahnya? Mari ikuti resipi itu dibawah ini. 

RESIPI AIR LIMAU STRAWBERI BERKRIM

Limau Strawberi Berkrim

Sukatan bahan untuk satu jug.

Bahan-bahan:

Cara-cara penyediaan: 

1. Siapkan limau dengan memotong kulit luar.  Kemudian, potong buah limau menjadi empat bahagian.

2. Masukkan ke dalam pengisar dan tambahkan 3 cawan air sejuk. Kacau selama kira-kira 30 saat atau sehingga halus.

3. Tapis jus limau, buang semua hampas, kemudian tambahkan jus limau kembali ke dalam pengisar.

4. Tambahkan sebekas penuh susu pekat manis, strawberi dan 1 cawan ais dan kisar sehingga sebati dan halus.

5. Tambahkan ais ke dalam jug. Siap dan sedia untuk dinikmati!

Limau Strawberi Berkrim

Selamat mencuba. 

Sumber: Sweet & Tea Sprinkles

Baca juga: Resipi Air Kurma Cina, Bagus Untuk Hilangkan Angin Badan & Lebih Bertenaga

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN