resepi sambal goreng

Resepi sambal goreng cili api ini sesuai dijadikan lauk semasa bersahur. Ada satu lauk ini pun sudah cukup membuka selera. Walaupun sahur, auto makan bertambah!

Sambal ini boleh dibuat awal dan boleh tahan lama jika disimpan di dalam bekas yang kedap udara. Cara penyediaannya sangatlah mudah, hanya memerlukan bahan yang ringkas sahaja.

Kalau ada yang mahu belajar memasaknya, boleh ikuti resipi yang dikongsikan oleh Puan Nor Sharliza Ghozali di bawah.

Baca juga: Cara Buat Sambal Belacan Sedap & Tahan Lama, Setahun Pun Tak Rosak!

RESEPI SAMBAL GORENG CILI API

Bahan-bahan yang diperlukan:

Cara memasak:

1. Kisar bawang besar, bawang putih, cili api dan ikan bilis. Kisar kasar sahaja, jangan sampai lumat.

resepi sambal goreng

2. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. 

3. Kemudian, masukkan bahan yang telah dikisar tadi dan goreng sehingga garing.

4. Semasa sedang menggoreng, masukkan garam, perasa dan air asam/asam keping.

5. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!

resepi sambal goreng

Kredit resipi dan gambar: Nor Sharliza Ghozali

Baca juga: Resipi Rebung Ikan Bilis Goreng Sambal, Menu Simple Tapi Sangat Menyelerakan!

Baca juga: Cara Buat Pes Sambal Belacan Serba Guna, Boleh Masak Macam-Macam Menu!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN