Mari ikuti trik simpan cili dengan betul. Barulah tahan lama dan tidak mudah kecut. Umum mengetahui, banyak juadah tempatan memerlukan penggunaan cili.
Alasannya mudah sahaja, rata-rata rakyat Malaysia gemar menjamah makanan pedas. Kurangnya rasa pedas bermakna kurang rasa ‘kick’ dalam sesuatu juadah yang disediakan. Ini menyebabkan masakan tersebut tidak mencapai standard kesedapan yang dimahukan.
Baca juga: Cara Kurangkan Kalori Dalam Nasi Putih, Tambahkan SATU Bahan Ini Masa Masak
Jadi, cili merupakan salah satu bahan masakan ‘wajib ada’ dalam setiap peti sejuk orang Malaysia. Namun, seringkali berlaku situasi di mana cili yang dibeli didapati rosak apabila hendak digunakan.
Tapi anda jangan bimbang, Awang Dapur telah berkongsi trik di laman TikTok tentang cara penyimpanan cili agar dapat bertahan lama. Untuk pengetahuan anda, cara ini sesuai untuk sebarang jenis cili seperti cili padi dan cili hidup. Ikuti perkongsian beliau di bawah.
TRIK SIMPAN CILI TAHAN LAMA DAN TAK CEPAT KECUT
Langkah-langkah:
1. Cabut terlebih dahulu tangkai cili.
2. Setelah semua dicabut, basuh dengan air bersih cili-cili tersebut. Pastikan anda mencuci dengan sempurna.
3. Selepas ia betul-betul kering, letak dalam sebuah bekas yang dilapik dengan sehelai tisu.
4. Terakhir tetapi paling penting, dalam bekas yang sama, masukkan bawang putih yang telah dikupas kulitnya.
5. Bawang putih ini bertindak sebagai agen anti-bakteria untuk melindungi cili anda.
Video penuh:
@awangdapur Replying to @Golfsimulatormalaysia Tips simpan cili 🫡 #fyp #resepi #awangdapur #tipsdapur #resepimudah #masaktiktok #tipssimpancili
Setelah ini, tidak akan ada masalah cili cepat rosak. Semoga bermanfaat!
Sumber: TikTok Awang Dapur
Baca juga: Teknik Tanam Bawang Merah Sendiri Dengan Mudah, Jom Kita Belajar!