Teringin nak makan Cheesy Wedges? Cuba version home-made ni!
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Barat
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Cheesy Wedges Yummy
Teringin nak makan Cheesy Wedges? Cuba version home-made ni!
BAHAN-BAHAN
- 3 biji ubi kentang
- 1/4 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil lada hitam
- Minyak
- 3 sudu besar mentega
- 250 ml susu segar
- 2 sudu besar tepung gandum
- 1 cawan keju Cheddar (diparut)
- 1/2 sudu kecil garam
- 1/2 sudu kecil lada hitam
- Pewarna kuning (jika mahu)
Wedges:
Sos cheesy:
CARA PENYEDIAAN
- Rebus ubi kentang selama 5 minit, kemudian potong menjadi bentuk wedges.
- Gaul tepung gandum dengan garam dan lada hitam, dan salut wedges.
- Goreng.
- Dalam kuali lain, cairkan mentega.
- Masukkan susu segar dan tepung gandum, kacau hingga tiada gumpalan.
- Masukkan keju parut dan gaul hingga sebati.
- Masukkan garam, lada hitam dan pewarna kuning. Gaul.
- Hidang wedges dengan sos cheesy dan mayonis.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.