Nakkan idea gunakan cheese untuk buat kuih raya?
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Pencuci Mulut / Minuman
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Sirap Bandung Cheese Cream Puffs
Nakkan idea gunakan cheese untuk buat kuih raya?
BAHAN-BAHAN
- 130g mentega (tanpa garam)
- 220ml air
- 1/4 sudu kecil garam
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 6 biji telur
- 240ml whipping cream
- 250g cream cheese
- 1/3 cawan gula
- 1/4 sudu kecil esen vanilla
- 1/4 sudu kecil kordial sirap
Cream puffs:
Filling:
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan ketuhar dengan suhu 230°C.
- Dengan api perlahan, gaulkan mentega, air dan garam.
- Apabila sudah sebati, didihkan.
- Masukkan tepung gandum dan gaul hingga sebati.
- Tutup api dan biarkan adunan sejuk.
- Masukkan telur satu persatu dan gaul hingga adunan lembut dan berkilat.
- Masukkan adunan ke dalam piping bag.
- Pipe ke atas dulang yang dialas dengan Glad Cook & Bake Non-stick Paper.
- Ratakan permukaan setiap cream puff dengan sedikit air.
- Bakar selama 15 minit.
- Dalam bekas yang disejukkan, pukul whipping cream hingga kembang.
- Dalam bekas lain, pukul cream cheese, gula, dan esen vanilla.
- Masukkan krim yang dipukul ke dalam adunan cream cheese dan gaul.
- Ambil 1/4 adunan itu dan gaulkan dengan kordial sirap.
- Apabila cream puffs sudah sedia, masukkan cream cheese filling dan pipe krim sirap ke atas cream puffs. Hias dengan sprinkles jika mahu.
- Siap untuk dihidang!
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.