cucur labu

Labu bukan sahaja boleh dijadikan pengat atau sira, malah ia boleh digunakan untuk membuat cucur labu. Pasti ramai yang tidak pernah mencubanya kan?

Boleh tahan sedap juga cekodok labu ini rupanya. Kalau buat pagi, sampai ke malam pun masih lembut dan lazat.

Namun begitu, ada tips yang perlu dilakukan agar cucur tidak menyerap minyak semasa sedang menggoreng.

Kalau nak tahu apakah tips dan resipi lengkap, mari ikuti perkongsian oleh Puan Zurila Ghani di bawah. Selamat mencuba!

Baca juga: Resipi Cekodok Pisang Bulat-Bulat, Ini Rahsia Kalau Nak Cantik Kejadiannya

RESEPI CUCUR LABU YANG SANGAT SEDAP

Bahan-bahan yang diperlukan:

Cara memasak:

1. Kupas kulit labu, potong kecil dan cuci sehingga bersih.

2. Kemudian, rebus labu bersama santan, sedikit garam dan sedikit air sehingga tenggelam labu.  Rebus sehingga empuk.

cucur labu

3. Apabila sudah siap rebus, angkat ke dalam mangkuk. Masukkan tepung gandum dan susu pekat manis, tak perlu letak gula. Pastikan adunan tidak terlalu lembik untuk elak serap minyak. Paling penting, lebihkan tepung dari labu.

4. Goreng menggunakan api sederhana. Jangan guna api besar, risau bahagian dalam belum masak.

5. Berkali-kali makan pun tak puas, lembut dari pagi sampai ke malam. Selamat mencuba!

cucur labu

Kredit resipi dan gambar: Zurila Ghani

Baca juga: Resipi Kuih Cucur Topi Guna 4 Bahan, Ikut Cara Ini Baru Menjadi Elok!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN