muffin pisang

Muffin pisang adalah antara resipi yang paling mudah untuk disediakan. Tidak perlu memiliki peralatan dapur yang canggih, hanya whisk saja semua bahan dan cukup mudah untuk disiapkan.

Jika terdapat lebihan pisang di dapur anda, cubalah resepi muffin pisang ini sebagai hidangan minum petang. Pasti akan menjadi kegemaran budak-budak. 

Baca juga: Kek Tapak Kuda Lembut & Gebu, Mudah Je Rupanya Nak Buat

Resipi muffin pisang yang sangat gebu, lembut, dan enak ini dikongsi oleh saudari Eniza M. Salim, disertakan dengan hiasan potongan pisang di atasnya. Memang nampak menarik dan naik gebu. 

RESIPI MUFFIN PISANG GEBU GEBAS

Bahan-bahan:

Cara membuat:

1. Panaskan oven pada suhu 180 darjah Celsius. Sediakan acuan muffin dan letakkan cawan kertas ke dalam setiap lubang.

2. Dalam mangkuk besar, pukul telur dan gula sehingga kembang dan berwarna cerah.

3. Masukkan pisang yang telah dilenyek ke dalam campuran telur dan gula, kemudian kacau rata.

4. Tambahkan minyak masak ke dalam adunan dan kacau sehingga semua bahan tercampur dengan baik.

5. Campurkan tepung jagung, tepung gandum, baking powder, dan soda bikarbonat dalam mangkuk berasingan. Kemudian, saring campuran tepung ke dalam adunan basah secara berperingkat sambil terus dikacau.

6. Tambahkan esen vanilla ke dalam adunan dan kacau rata.

7. Tuangkan adunan ke dalam cawan kertas yang telah disediakan hingga separuh atau tiga perempat penuh.

8. Hiasi atas muffin dengan potongan pisang atau coklat chip.

9. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan selama kira-kira 20-25 minit atau sehingga muffin masak sepenuhnya dan permukaannya keemasan.

10. Semak kesediaan dengan menusukkan lidi atau pisau ke dalam bahagian tengah muffin. Jika keluar bersih, muffin sudah masak.

11. Keluarkan dari oven dan biarkan sejuk sebelum dihidangkan.

muffin pisang

Selamat mencuba!

Sumber: Eniza M. Salim

Baca juga: Tip Kek Coklat Moist Kukus Cantik Berderai, Tambahkan 1 Bahan Ini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN