Tuna Croissant Sandwich

Tuna Croissant Sandwich ini memberikan kombinasi sempurna antara kelazatan tuna yang kaya rasa dengan keharuman dan kelembutan roti croissant yang lazat.

Memang sedap dan ranggup berongga. Sangat sesuai dimakan ketika panas mahupun sejuk. Buat sendiri puas hati sebab intinya boleh isi padat. 

Baca juga: Sandwich Avocado Cara RINGKAS, Rasa Premium Macam Dekat Kafe

RESIPI TUNA CROISSANT SANDWICH

Tuna Croissant Sandwich

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus roti croissant – belah tepi
  • Hirisan timun jepun
  • Hirisan tomato
  • Sayur salad romaine
  • Cili benggala (atau cili padi jika suka pedas)
  • Serbuk lada sulah
  • Serbuk lada hitam
  • Sedikit garam

Bahan inti tuna:

  • 1 tin tuna mayonis
  • 1 tin tuna cili
  • 3-4 sudu besar mayonis
  • 4 keping american cheese

Cara-cara:

1. Roti croissant dipotong tengah tanpa putus.

2. Dalam mangkuk, masukkan tuna, mayonis, serbuk lada sulah, serbuk lada hitam, sedikit garam dan gaul rata.

Tuna Croissant Sandwich

3. Sudukan tuna yang telah digaul rata dan isi padat-padat dalam roti. 

4. Kemudian, letakkan kepingan cheese di atas dan bakar selama 2 minit dalam Air Fryer atau oven dengan suhu 200 Celcius.

Tuna Croissant Sandwich

5. Apabila sudah siap dibakar, boleh isikan sayur kegemaran anda. Siap.

6. Sedia untuk dihidang. 

Tuna Croissant Sandwich

Dengan kombinasi rasa yang seimbang antara tuna yang lazat, kejunya yang meleleh, dan rangup berongga roti croissant, Sandwich ini pasti akan menjadi kegemaran.  Selamat mencuba.

Sumber: Aisyah Humaira

Baca juga: Sandwich Strawberry Ala Family Mart, MUDAH Rupanya Nak Buat!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN