kerang segar

Tidak dinafikan, agak sedikit susah untuk memilih kerang segar kerana isinya ditutup dengan cengkerangnya yang keras.

Kadang-kadang apabila terbeli kerang yang sudah busuk, memang auto potong selera. Akhirnya, kerang dibuang begitu saja. Membazir bukan?

Oleh itu, jom MyResipi kongsikan 3 tips berguna untuk anda praktikkan semasa sedang membeli hidupan laut ini di pasar raya. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Tip Pilih Ketam Segar, Manis Dan Banyak Isi, Baru Berbaloi Nak Beli

CARA MEMILIH KERANG SEGAR

1. Cengkerang

Semasa sedang membeli kerang, pilih kerang yang mempunyai cengkerang yang masih ‘ternganga’. Ia bermakna makanan laut tersebut masih hidup, berbeza dengan cengkerang yang tertutup. 

2. Isi

Jika mahu membeli kerang yang sudah siap dikopek, selain dari memilih isi yang gemuk, jangan lupa memilih daging yang elok kenyal dan kelihatan padat.

3. Bau

Walaupun makanan laut ini pada asalnya memang berbau, tapi jika ia sudah tidak segar lagi, baunya akan menjadi hanyir dan busuk.

Tips selepas beli kerang:

  1. Selepas membeli kerang, terus simpan di dalam freezer. Namun begitu, lebih baik jika terus dimasak.
  2. Basuh di bawah air mengalir dan guna berus untuk membuang kotoran pada cengkerang.
  3. Rendam dalam air garam untuk keluarkan kotoran di dalam kerang.
  4. Rebus kerang sehingga cengkerang terbuka, tapi jangan letak air terlalu banyak. Masukkan juga serai, bawang putih, halia dan garam sebagai penambah rasa.

Justeru itu, jangan lupa amalkan tips di atas semasa sedang membeli kerang ya. Barulah rasa segar dan tak potong stim bila makan!

Sumber: Sinaran Wanita

Baca juga: Tips Pilih Cendawan Enoki ‘Fresh’, Elak Beli Yang Ada Ciri-Ciri Ini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN