terung goreng celup telur

Pernah makan Terung Goreng Celup Telur? Orang Banjar kata sedap. Sebab itulah ia antara lauk yang popular di kalangan masyarakat ini.

Resipi ini sangat ringkas untuk dimasak. Ia juga sedap dimakan bersama cicahan cili kicap. Memang bertambah nasi dibuatnya.

Baca juga: Pokok Terung Dah Tua? Ini Cara Nak Rawat Bagi Berbuah Dan Subur Balik

Bayangkan hirisan terung yang digoreng hingga keemasan, dengan isinya yang lembut dan keraknya yang rangup. Sekali dah mula makan memang tak boleh berhenti dibuatnya. 

Rasa terung akan pedas-pedas gitu. Nak lagi sedap, korang boleh buat cicah cili kicap yang ada perahan limau. Ikuti cara memasaknya di bawah. 


RESIPI TERUNG GORENG CELUP TELUR

Ada yang suka masak lauk terung ke? Hari ini saya kongsikan satu resipi yang berasaskan terung. Apa yang saya tahu masakan ini popular di kalangan orang banjar. Betul kan?

terung goreng celup telur

Bahan-bahan:

  • 2 biji terung
  • 2 biji telur
  • Cili kisar
  • Sedikit bawang merah
  • Bawang putih
  • Garam

Cara-cara penyediaan:

1. Mula-mula hiris nipis terung dan ketepikan. Ikut lah nak potong habis atau macam dalam gambar pun boleh.

2. Campurkan 2 biji telur dengan sedikit cili kisar, sedikit bawang merah, bawang putih & garam. Kacau telur hingga sebati.

3. Celupkan terung ke dalam telur.

4. Kemudian, goreng macam kita goreng ikan. Balik-balikkan sehingga kekuningan.

terung goreng celup telur

5. Dengan menggunakan sudip toskan minyak di tepi kuali sebelum di angkat ke pinggan.

6. Terung goreng celup telur siap untuk hidangan.


Selamat mencuba resipi hidangan popular orang Banjar ini. Memang menjilat jari dibuatnya!

Sumber: Nur Hani Izzati

Baca juga: Terung Bakar Asam Lemak, Resipi ‘Bikin’ Terliur, Cukup Rasa Masam, Pedas Dan Berlemak

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN