Bagi penggemar coklat, resipi Chocolate Truffles ini sememangnya patut dicuba. Walaupun hanya guna lima bahan sahaja, tapi rasa dan rupanya kelihatan seakan coklat mewah yang premium tau.
Selain itu, coklat ini turut pernah membintangi K-Drama ‘Strong Woman Do Bong-soon’ jika anda penonton K-Drama.
Baca juga: Blueberry Cream Cheese Danish Cara Mr. Ali, Hanya Guna 6 Bahan Je
Ia seringkali dianggap sebagai makanan pencuci mulut atau hadiah coklat yang mewah karena kelembutan dan rasa kaya coklatnya.
Ada pelbagai versi rasa dan jenis coklat truffle, termasuk dark chocolate, milk chocolate, white chocolate, dan truffle dengan tambahan rasa seperti mint, kopi, atau buah-buahan.
Memang kalau masuk dalam mulut itu, memang cair lah coklat yang kita makan. Jadi, tunggu apa lagi, jom kita ikuti perkongsian Muhammada Ali ini bersama.
RESIPI CHOCOLATE TRUFFLE STYLE MR. ALI
Bahan-bahan:
- 600g dark chocolate/nak manis boleh pakai milk
- 300g dairy whipping cream
- 1 sudu makan butter
- 2 sudu makan madu
- Sedikit garam
Cara-cara penyediaan:
1. Panaskan whipping cream sampai naik wap atau mendidih kecil di sekeliling pan (simmering).
2. Matikan api dan masukan kesemua bahan.
3. Kacau sebati dan tuang kedalam loyang 8 inci.
4. Sejukkan semalaman dan boleh makan.
5. Tahan 4-5 hari dalam peti.
Selamat mencuba.
Sumber: Muhammad Ali
Baca juga: Puding Lapis Mangga Style Mr. Ali, Memang Nikmat Makan Sejuk-sejuk!