resepi ikan goreng berlada

Tercari-cari idea untuk masak tengah hari? Ibu-ibu boleh cuba resepi ikan goreng berlada yang dijamin dapat memikat selera ini.

Kadang-kadang pasti rasa jemu asyik makan ikan goreng saja bukan? Sekali sekala masak lauk seperti ini tidak ada salahnya.

Resipi perkongsian oleh Nurul Shima ini cukup mudah dan ringkas untuk dicuba oleh sesiapa saja. Beliau turut berkongsikan 1 rahsia untuk menjadikan ikan goreng berlada bertambah lazat. Jom cuba!

Baca juga: Sedapnya Ikan Celup Tepung Ala Terengganu, Ikut Resipi Ini Memang Rangup Kruk Krak!

RESEPI IKAN GORENG BERLADA

Bahan-bahan:

  • Ikan
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • 15 biji cili besar
  • 10 biji cili padi
  • 3 sudu besar bawang kisar
  • 2 sudu besar gula
  • 4 sudu kecil garam
  • Sedikit air belacan (jika suka)
  • Hirisan bawang besar

Cara memasak:

1. Lumur ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Kemudian goreng ikan sehingga garing.

2. Kisar 15 biji cili besar dan 10 biji cili padi. Kisar kasar jika malas tumbuk guna lesung. Ketepikan seketika.

3. Kemudian, tumis 3 sudu besar bawang kisar sampai bau wangi.

4. Masukkan cili kisar kasar tadi, kacau rata. Apabila dah pecah minyak, masukkan 2 sudu besar gula dam 4 sudu kecil garam.

5. Kalau nak lagi sedap, masukkan air belacan sikit. Baunya memang sedap. Kalau jenis tak tahan belacan, tak perlu letak.

6. Jika dah nampak warna berlada itu cantik berseri-seri, masukkan ikan dan bawang besar hiris. Kacau sehingga sambal rata pada ikan. Selamat mencuba!

resepi ikan goreng berlada

Kredit resipi dan gambar: Twitter Nurul Shima

Baca juga: Cara Buat Air Asam Ikan Rebus, Resipi Jimat Tapi Sangat Menyelerakan!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN