Rupa-rupanya, ada tip char kuetiau sedap jika membuat sendiri di rumah. Hanya tambah satu bahan ini ketika menumis.
Biasanya, jika teringin menikmati char kuetiau, kebanyakan orang lebih suka makan di luar berbanding masak sendiri kerana penyediaan bahannya yang leceh.
Bahan-bahan: Tip Elak Minyak Merecik Ketika Masak Sambal, ‘Confirm’ Dapur Tak Kotor Lagi!
Bila hendak membuat pes char kuetiau, ia melibatkan langkah-langkah seperti merebus kulit udang, mengisar bahan, dan menambahkan pelbagai bahan lainnya.
Namun, ternyata ada cara mudah untuk membuat hidangan ini di rumah tanpa perlu runsing hendak membuat pes sendiri.
Bahkan, kita hanya perlu menggunakan satu jenis sos untuk memberikan citarasa seperti char kuetiau yang biasa kita nikmati. Cara ini dikongsikan oleh Nurhani Yusoff.
TIP CHAR KUETIAU SEDAP, MASUKKAN SATU BAHAN INI MASA MENUMIS
Bahan-bahan:
- 2 genggam kuetiau
- 2 biji bawang keci – dimayang
- 2 ulas bawang putih – dimayang
- Sesudu cili kisar (ikut tahap pedas)
- Sesudu sos ikan (bahan penyedap)
- 3 atau 4 sudu sos tiram
- 3 atau 4 sudu sos cili
- Kicap
- Gula
- Sebiji telur
- Taugeh, kucai
- Udang
Cara-cara memasak:
1. Tumis hirisan bawang kecil dan bawang putih sehingga wangi, masukkan cili kisar, macam biasa tunggu cili garing atau masak.
2. Masuk sos semua sekali, air, kicap, gula, telur. Biarkan mendidih seketika. Sesuaikan rasa, jangan manis sangat sebelum masuk udang (kalau tak cukup masam manis, adjust sos cili, gula dan air).
3. Bila lihat kepekatan, rasa dan warna dalam sesuai masukkan kuetiau, tauge, kucai, udang.
4. Kacau sehingga udang masak, tak lama pun kemudian terus masuk dalam pinggan. Kena makan panas-panas, jangan sampai kembang. Baru sedap!
Selamat mencuba.
Sumber: Nurhani Yusoff
Baca juga: Tip Hilangkan Kesan Kuning Dalam Blender, Guna 3 Bahan Ini Masa Cuci