Petang-petang sedapnya kalau dapat makan sukun goreng cicah dengan sambal kicap. Kombinasi yang sangat sepadan!
Menu ini boleh dikatakan agak rare kerana buahnya sudah jarang ditemui di mana-mana kedai. Orang lama mungkin sudah biasa makan, tapi tidak bagi orang muda.
Buah ini mungkin agak sukar untuk ditemui, namun dengan kemodenan teknologi sekarang, anda boleh membelinya secara atas talian saja. Jom cuba!
Baca juga: Kruk Kruk! Ini 7 Petua Pisang Goreng ‘Super’ Rangup Walaupun Dah Sejuk
RESEPI SUKUN GORENG
Bahan-bahan:
- Tepung beras
- Sedikit air kapur
- Garam
- Telur sebiji
- Pewarna kuning
- Air sejuk
Cara-cara:
1. Satukan semua bahan. Pastikan jangan terlalu jangan cair atau pekat, sedang-sedang sahaja.
2. Celup buah sukun ke dalam adunan tadi. Goreng sehingga garing.
SAMBAL KICAP
Bahan-bahan:
- 10 biji cili api merah (goreng)
- 5 biji cili besar (goreng)
- 3 ulas bawang putih (goreng)
- Jus limau nipis
- Kicap manis
- Kicap pekat
- Sedikit air untuk kisar
Cara-cara:
1. Goreng cili api merah, cili besar dan bawang putih.
2. Kemudian kisar bahan yang digoreng tadi bersama bahan-bahan lain.
3. Perasakan dengan garam dan gula secukup rata.
4. Kemudian masak seketika sehingga mendidih supaya sambal kicap tahan lama.
Kredit resipi dan gambar: Tuan Adriana Arissa
Baca juga: Cara Buat Getuk Ubi Kayu ‘Crispy’, Ini Petua Elak Ubi Melekat & Meletup