santan basi

Biasanya kalau santan basi, tak boleh digunakan lagi. Pasti ada antara kita yang terus membuangnya. Jangan terus buang! Ada kegunaannya lebih-lebih lagi santan segar yang sudah basi. 

Jadi, kalau tak nak membazir, apa kata boleh jadikan santan basi ini menjadi minyak kelapa.  Selalunya kalau beli di kedai agak mahal.

Baca juga: Wanita Ini Kongsi ‘Hacks’ Simpan Santan Segar Untuk Makanan Bayi, Kreatif Sangat!

Kalau buat sendiri lagi jimat. Minyak kelapa dara bagus untuk melembapkan kulit dan merawat masalah ekzema.

Ikuti perkongsian dari Cik Puan Syahirah Hanie ini. Menurutnya, hanya santan segar yang sudah basi boleh dibuat minyak kelapa dara, bukan santan kotak.


TEKNIK GUNA SANTAN BASI BUAT MINYAK KELAPA DARA

Bila bulan puasa ini, memang ramai buat kuih dan dessert. Sama dengan saya. Buat kuih-muih untuk makan berbuka. Kebanyakan kuih Tradisional banyak guna santan segar. Betul kan.

Bila dah beli banyak ada yang tak terguna. Jadi, basi lah keesokan nya. Rasa sayang je dah basi. Saya jenis tak kesah kalau santan ni terbiar dan berlapis.

Maksudnya, santan ini dah basi dan tak boleh gunakan lagi akak lagi suka. Ehhh suka pulak. Kenapa pulak tu.

Mari saya nak kongsikan teknik santan basi yang hasilkan minyak kelapa untuk cantikkan kulit. Sempat lagi nak Raya 3 hari ni. Flawless dan licin je.

Dulu masa saya dan kembar ekzema tahap teruk, santan ini la selalu order dekat shariah. Dia pun dah tau kalau ada santan tak guna terus je bagi. Sebab Santan basi tu ada lapisan minyak yang boleh jadikan kulit cantik.

Dia boleh lembabkan kulit kita. Korang pergi la beli minyak kelapa Dara memahal Kat luar. Buat sendiri lagi jimat.

❌❌Penting!!!!!

Hanya penggunaan santan tanpa bahan pengawet sahaja yang menjadi. Kalau campur bahan pengawet memang tak menjadi minyak kelapa dara.

Cara-cara membuat minyak kelapa dara:

santan basi

1. Santan yang dah basi, tinggal di suhu bilik dan tak sempat masuk dalam beku. Jadi, ia ada 3 lapisan dalam bungkusan. Bawah tu lapisan air,tengah tu minyak bercampur lapisan lemak santan.

Caranya nak pindahkan ke dalam bekas lain, saya guntingkan hujung tu untuk buang lapisan air. Lubangkan kecik je. Kalau potong besar habis laju air keluar.

Air dah tinggal sedikit terus pindahkan aliran lapisan minyak tu ke dalam bekas pula.

2. Santan akan jadi sepeti ini bila dah masuk dalam bekas. Tunggu beberapa minit agar lapisan ni menjadi dua pulak.

3. Pastikan jadi lapisan seperti ni. Atas adalah lapisan minyak. Bawah itu lapisan lemak santan basi. Ia mendap ke bawah.

4. Setelah beberapa minit. Boleh la tapis minyak kedalam bekas lain pula.

5. Tapis dengan perlahan supaya minyak tak campur dgn lapisan dibawah.

6. Inilah hasil selepas ditapis. Cantik dan wangi semerbak bau minyak kelapa.

Saya terus botolkan. Dalam sekilo santan, dapat dua botol kecik ini. Di pasaran, sebotol kecil boleh cecah puluhan ringgit.

Jadi, boleh dah sapu pada muka, tangan kaki atau kulit sensitif. Selain kulit, Minyak ni boleh lumur pada rambut anak. Lebat nanti.

Pastikan yang kulit sentisitif ini, cuba sedikit dulu. Ada yang serasi. Ada yang tak boleh.


Semoga bermanfaat.

Sumber: Facebook Syahirah Hanie

Baca juga: BEZA Santan Segar, Santan Kotak & Serbuk Santan Ketika Masak

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN