resipi nasi goreng 90an

Bila tengok gambar di atas, pastinya anda merindui zaman kecil hidangan Nasi Goreng Ayam 90an ini. Nasi goreng ini juga sangat popular pada tahun 90-an dan makin susah nak jumpa versi ini pada zaman sekarang.

Nasi Goreng Ayam 90an ialah variasi nasi goreng yang dicampur dengan potongan ayam, bawang putih, bawang merah, cili dan bahan-bahan yang lain.

Baca juga: Nasi Goreng Kicap Cara Mak Dulu-Dulu, Memang Menggamit Kenangan

Sesetengah versi juga mungkin menggunakan kicap manis dan sos tiram untuk memberikan rasa yang sedap dan manis kepada nasi goreng. 


RESIPI NASI GORENG AYAM 90AN

nasi goreng ayam 90an

Dulu-dulu, masa sekolah rendah (tahun 90an & awal 2000), kalau abah dan arwah mak bawak makan malam kat gerai makan (zaman dulu tak ada kafe hipster macam sekarang), selalunya saya akan order nasi goreng.

Salah satu favourite saya, nasi goreng ayam.

Nasi goreng ayam dulu-dulu, tak macam sekarang. Ia warna merah, ayam digoreng bersama nasi dan ada sawi. Satu bonus kalau tukang masak kedai goreng nasi menggunakan nasi ayam. Marvelous sangat !

Saiz hidangan: 4-5 orang

Bahan-bahan: 

Cara-cara memasak:

1. Masak 2 pot beras dengan 2 pot air. Sejukkan nasi (Boleh juga guna nasi sejuk yang berlebihan).

2. Panaskan sedikit minyak masak. Masukkan telur. Hancur-hancurkan telur yang digoreng.

3. Masukkan bawang putih dan cili padi. Biarkan sehingga sedikit garing.

4. Masukkan ketulan isi ayam dan cili kering kisar. Biar sehingga ayam masak sepenuhnya dan kering. Perasakan dengan sedikit garam dan gula.

5. Masukkan nasi, serbuk lada putih dan sawi. Kacau rata.

6. Tutup api dan masukkan hirisan daun bawang. Siap.


Selamat mencuba.

Sumber: Facebook Noor Ashikin Saerah

Baca juga: Nasi Goreng Butter Salmon, SEDAP Rasa BerLemak Dan Pedas-pedas Manja

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN