rendang daging cara india

Mari kita cuba resipi Rendang Daging Cara India ini. Nampak menarik cara masakan rendang jenis ini. 

Setiap keluarga ada resipi mereka yang tersendiri dalam menyediakan rendang. Begitu juga dengan keluarga Nor Haya ini.

Rendang yang enak ini juga dikatakan menu kegemaranan anaknya dan paling cepat habis apabila beliau membuatnya di rumah. Pasti sedap.

Baca juga: Resipi Perapan Ayam Meraung, VERSI Lain Dari Daging Harimau Menangis

Ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Nor Haya ini. 


RESIPI RENDANG DAGING CARA INDIA

rendang daging india

Anak request suruh masak mcm mak kawan dia masak. Dengan segannya, sanggup whatsapp kawan dia minta resipi. Jadi ni la hasilnya, ‘Rendang India’

Bahan-bahan tumis:

  • Bawang kecik
  • Bawang putih
  • Halia- ketiga-tiga ni mayang halus
  • 4 beradik
  • Daun kari

Bahan-bahan A:

  • Cili kering
  • Jintan putih
  • Jintan manis 

*ketiga-tiga ini diblend menggunakan blender kering lepas itu disangai

Bahan-bahan B:

  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Halia – ketiga-tiga ini blend 
  • Kicap manis
  • Daging – dipotong dan rebus
  • Sedikit air asam
  • Garam
  • Gula

Cara-cara memasak: 

1. Mula-mula, tumis bahan-bahan tumis sehingga naik bau.

2. Selepas itu, masukkan bahan A, dah agak lama masukkan bahan B. 

3. Masukkan air rebusan daging sekali.

4. Biar sampai kuah menjadi pekat, siap!


Selamat mencuba resipi rendang india ini.

Sumber: Nor Haya

Baca juga: Daging Goreng Cili Api, Cara SENANG ‘Bak Hang’ Ikut Resipi Ini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN