Penggemar kaki ayam wajib cuba resepi sup kaki ayam yang sangat mudah dan menyelerakan ini. Kaki ayam digemari ramai kerana mempunyai sedikit daging pejal, banyak kulit dan daging lunak.
Resipi ini juga cukup ringkas kerana tidak perlu tumis sama sekali. Terus rebus saja semua bahan. Jika ada yang mahu mencubanya, jom ikuti resipi lengkap perkongsian oleh Cahaya Rieqal di bawah.
Baca juga: Kerabu Kaki Ayam Cara MUDAH, Memang Sedap Ratah Gitu Je
RESEPI SUP KAKI AYAM
Bahan-bahan:
- Kaki ayam (2 kg)
- Air isi dalam periuk sampai tenggelam kaki ayam
- 1 bunjut sup Adabi
- 1 peket sup Siam Adabi
- 2 inci halia (hiris kasar)
- 2 batang serai (dititik)
- 3 ulas bawang putih
- Akar daun sup dicuci bersih
- 1@2 kiub ayam Knorr
- Serbuk Secukup rasa Maggi @ Knorr
- Garam secukup rasa
- Gula 2 sudu kecil
Cara-cara:
1. Rebus kaki ayam dan semua bahan-bahan lain di dalam periuk selama 1 jam lebih sehingga kaki ayam menjadi lembut.
2. Kalau guna periuk pressure cooker, masak dalam 15 hingga 20 minit pun sudah lembut.
3. Bila nak makan, taburkan bawang goreng. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Cahaya Rieqal
Baca juga: Ini 4 Rahsia Nak Bagi Kaki Ayam Empuk Dan Tak Hamis, Baru Sedap Nak Makan