Rupanya mudah saja cara membuat ‘banana fritters’ seperti yang dijual di restoran mewah. Walaupun harganya agak mahal, orang ramai tetap tidak melepaskan peluang untuk mencubanya.
Jika ada yang mahu mencuba, tapi lokasi kedai tersebut agak jauh dari rumah, anda boleh cuba buat sendiri saja di rumah.
Hanya memerlukan beberapa bahan mudah iaitu tepung, telur, garam, gula, air bikarbonat, pisang berangan dan aiskrim vanilla.
Baca juga: Roti Sangkaya Ala Boat Noodle, Hanya Guna 6 Bahan Saja
CARA BUAT BANANA FRITTERS
Bahan-bahan:
- Tepung naik sendiri 1 cawan
- Telur ayam gred A 1 biji
- Sedikit garam
- Sedikit gula
- 1/2 cawan air bikarbonat (saya guna 100 plus)
- Pisang berangan
- Aiskrim vanilla
Cara-cara:
1. Guna 1 mangkuk besar, satukan 1 cawan tepung gandum, 1 biji telur ayam, sedikit garam, sedikit gula dan 1/2 cawan air bikarbonat. Masukkan air bikarbonat sedikit demi sedikit sambil kacau menggunakan whisk supaya adunan tidak terlalu cair dan terlalu pekat.
2. Golekkan pisang berangan ke dalam adunan tepung tadi sehingga bersalut rata. Kemudian goreng di dalam minyak panas. Pastikan guna minyak banyak sehingga pisang tenggelam supaya masak sekata.
3. Apabila sudah keperangan, angkat dan toskan. Sedia untuk dihidangkan bersama aiskrim dan jangan lupa drizzle madu ke atas pisang tadi. Selamat mencuba!
Video penuh:
@chesayang_kitchen Episod 162 | Resepi Banana Fritters Ala Madam Kwan | 2 Minit 1 Resepi by Che Sayang Kitchen Resepi penuh 👉🏻 – Tepung naik sendiri 1 cawan – Telur ayam gred A 1 biji – Sedikit garam – Sedikit gula – 1/2 cawan air bikarbonat (saya guna 100 plus) – Pisang berangan #resepichesayang #chesayangkitchen #susahkenakbuat #bananafritters #ForYouMalaysia
Kredit resipi: Tiktok Che Sayang Kitchen
Baca juga: Resipi Ratatouille Macam Dalam Movie, Mudah Rupanya Nak Buat!