buah epal

Buah epal merupakan salah satu buah kegemaran ramai kerana tekstur dan rasanya yang masam-masam manis. Sesuai dijadikan snek pada bila-bila masa.

Biasanya buah ini akan dikupas kulitnya dan dipotong kepada bentuk yang disukai sebelum dimakan. Namun begitu, setelah beberapa ketika buah epal yang dipotong itu akan mula menjadi lebam dan tidak rangup.

Menerusi satu perkongsian di laman sosial Facebook, Lailatul Munira Zainuddin ada berkongsikan beberapa tips untuk mengelakkan buah epal menjadi lebam selepas dipotong. Mari ikuti perkongsian oleh beliau di bawah.

Baca juga: Asyik Terbeli Yang Masam? Ini Tips Nak Pilih Buah Kiwi Manis & Segar

TIPS ELAK BUAH EPAL LEBAM SELEPAS DIPOTONG

1. AIR GARAM

Petua elak epal lebam yang pertama ini sangat senang. Sediakan air biasa, tambah secubit garam kemudian rendam hirisan epal ke dalam air tersebut sekejap. Saya rendam dalam 5 minit macam tu.

Kemudian toskan. Garam tu jangan banyak sangat sebab nanti buah epal akan masin. Agak-agak sahaja.

2. MADU

Selain daripada petua yang saya biasa gunakan, ada lagi beberapa petua yang saya ingin kongsikan. Mungkin ada orang tak suka rasa masin garam pada buah epal. Jadi, bolehlah menggunakan madu.

Caranya pun mudah. Cuma campurkan 2 sudu madu dengan segelas air biasa. Kemudian, rendam potongan epal ke dalam campuran itu selama beberapa minit.
Lepas itu, toskan dan dah boleh dihidangkan.

3. JUS LEMON

Petua elak epal lebam yang ketiga ini pun sangat mudah. Hanya perlu perah sedikit jus lemon ke dalam air. Kemudian, rendam potongan epal beberapa minit dan toskan sebelum dihidang.

4. PISAU TAJAM & LIMAU NIPIS

Gunakan pisau tajam untuk memotong epal. Tapi sebelum tu, sapu atau lengserkan pisau tersebut dengan limau nipis. Kemudian baru potong epal seperti biasa.

Kalau tak ada jus lemon, boleh juga gantikan dengan jus limau nipis atau apa-apa jus buah yang bersifat sitrus seperti oren atau nanas.

Katanya, petua ini juga boleh digunakan untuk mengelakkan kita ‘menangis’ masa nak potong bawang. Cubalah!

Info tambahan: Petua ini juga boleh digunakan untuk buah pear, lai, pisang, atau buah-buahan lain.

Sumber: Lailatul Munira Zainuddin

Baca juga: Nak Beli Buah Wajib Baca Label Dulu, Penting Elak Buah Dari ‘2 Negara’ Ini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN