resepi gulai udang

Jika anda pengemar masakan Negeri Sembilan, wajib cuba resepi gulai udang campur nenas yang lazat dan menyelerakan ini.

Orang Negeri Sembilan memang panggil masak lemak cili api atau masak lemak kuning sebagai gulai. Contohnya gulai udang, gulai ayam, gulai kan, gulam daging dan lain lain.

Di Negeri Sembilan, gulai udang merupakan antara salah satu menu wajib ada di  kenduri kendara. Kalau ada 5 kenduri, 3 daripadanya wajib ada menu ini.

Kalau anda teringin nak makan gulai udang campur Nanas, ayuh ikuti resipi perkongsian oleh Cheyah Saripuddin di bawah.

Baca juga: Sedapnya Gulai Nasi Berlauk Kelantan, Masak Sendiri Baru Lagi Lazat & Puas Hati

RESEPI GULAI UDANG CAMPUR NENAS

Bahan-bahan:

  • 8-10 ekor udang harimau
  • 1/2 biji nenas
  • 1 biji bawang merah besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji cili merah (nak pedas tambah lagi)
  • Seinci kunyit hidup
  • Seinci halia
  • 1 batang serai diketuk
  • Seinci halia dibakar
  • Sekeping asam keping
  • 100ml santan (guna setengah kotak)
  • Garam dan gula
  • Air untuk blender

Cara-cara:

1. Kisar bawang merah, bwang putih, cili merah, kunyit hidup dan halia. Kemudian tuangkan ke dalam periuk bersama serai. 

2. Biarkan sehingga sedikit mendidih, kemudian masukkan santan. Kacau sehingga ia cantik dan mesra sebati.

3. Seterusnya boleh masukkan udang, asam keping, gula dan garam. Kacau lagi sehingga kuah pekat.

4. Boleh masukkan nenas yang dibahagi dua tadi. Kacau hingga masak. Sedia untuk dihidang.

resepi gulai udang

Kredit resipi dan gambar: Cheyah Saripuddin

Baca juga: Resipi Gulai Ayam Confirm Sedap, Memang Ngam Cicah Dengan Roti

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN