Udang kering biasanya digunakan sebagai bahan tambahan dalam masakan, seperti dalam masakan nasi goreng, sup atau masakan lain. Paling sedap jika udang kering buat sendiri.
Proses pengeringan ini dijalankan untuk mengawet udang supaya tahan lebih lama dan boleh digunakan sebagai bahan makanan yang boleh dimasak atau diproses semula.
Baca juga: Ubat Batuk Homemade, Hanya Guna 3 Bahan Yang Ada Di Dapur Je
Oleh kerana kandungan air telah berkurangan, udang kering mempunyai konsistensi yang lebih pejal dan biasanya mempunyai rasa yang lebih pedas dan pekat berbanding udang segar.
Bahan masakan ini juga biasa digunakan dalam masakan tradisional dalam pelbagai budaya di seluruh dunia.
Mari ikuti resipi homemade dari perkongsian Cik Puan Faizah Husain ini.
CARA BUAT UDANG KERING DI RUMAH
Kalau nak dikira berbaloi ke tidak buat sendiri saya rasa berbaloi. Walaupun sekilo udang bila dah dikeringkan hanya tinggal 200gm tapi di pasaran harga 200gm pun 20 ringgit. Saya beli udang basah ini 8 ringgit sahaja.
Sebenarnya lebih kepada kepuasan bila kita boleh buat sendiri. Pembuatan yang terjamin kebersihan dan kesuciannya.
Bahan-bahan:
- 1kg udang merah
- 1/2 cawan air
- 1 sudu besar garam kasar
Cara-cara penyediaan:
1. Buang kepala udang supaya boleh basuh bersih-bersih. Tujuannya untuk mengurangkan alahan bagi yang tak tahan makan seafood.
2. Letak udang dalam periuk. Masukkan setengah cawan air.
3. Sesudu garam kasar. Garam ni supaya udang tidak busuk.
4. Rebus hingga air udang kering. Selain rebus, boleh juga guna teknik mengukus dan boleh juga disangai.
5. Jemur udang dibawah cahaya matahari hingga kulit udang rapuh. Jika cuaca mendung masukkan udang dalam oven.
6. Inilah hasil kejadiannya. Udang kering buat sendiri. Udang ni dah bersih jadi asyik masuk mulut je. Sedap!
7. Masukkan udang dalam plastik. Saya lenyekkan sikit dengan anak lesung. Kemudian ketuk-ketuk di lantai/meja. Keluarkan dari dalam plastik tampi.
Nota: Kalau nak rasa lebih pedas, boleh tambah cili kering ikut citarasa. Selain itu, pastikan anda memeriksa jika ada sebarang kepala atau kulit keras yang mungkin masih melekat pada udang kering sebelum menggunakannya dalam resipi.
Selamat mencuba membuat udang kering!
Baca juga: Cara Buat Kicap Homemade Guna Air Rebusan Ini, Lebih SIHAT Dari Kicap Komersial