Rupanya ada tip elak semut untuk masuk dalam bekas gula. Semut juga kurang digemari oleh para ibu kerana sering merosakkan makanan dan barangan rumah.
Baca juga: Tip Pilih Sotong Segar Yang Ramai Orang Tak Tahu, Nombor 2 Paling Kena ‘Hadam’
Lagi-lagi jika musim panas, memang banyak semut yang kerap muncul. Mari ikuti petua menghalau semut yang dikongsikan oleh Shafiqah Amira ini.
TIP ELAK SEMUT DALAM BEKAS GULA
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Bunga cengkih
- Buah pelaga
- Kulit kayu manis
Cara-caranya:
1. Masukkan bunga cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis dalam bekas gula.
2. Kalau semut dah masuk dalam bekas gula, boleh masukkan ketiga-tiga benda ini dan biar terbuka. Nanti semut akan lari keluar kerana ia tak suka bau-bau yang kuat ini.
3. Kalau semut suka berdekatan di atas permukaan boleh tabur bunga cengkih.
Antara tip lain yang boleh dicuba:
- Pastikan Bekas Gula Bersih dan Kering: Pastikan bekas gula sentiasa bersih dan kering. Bersihkan sisa gula yang tumpah di sekitar bekas untuk mengelakkan tarikan semut.
- Tutup Rapat Bekas Gula: Gunakan bekas gula yang mempunyai penutup yang rapat dan kedap udara. Ini akan menyulitkan semut masuk ke dalamnya.
- Gunakan Karet Gelang: Letakkan karet gelang di sekitar penutup bekas gula. Ini akan memberikan lapisan tambahan yang sukar dilalui oleh semut.
Dengan mengamalkan tip-tip di atas, anda dapat mengurangkan risiko masalah semut dalam bekas gula anda.
Semoga bermanfaat.
Baca juga: Tip Masak Ekspres Tanpa STRESS, Wanita Ini Kongsi 5 Cara