sotong goreng kunyit berempah

Sedapnya kalau dapat makan Sotong Goreng Kunyit Berempah ini. Dengan teksturnya yang lembab-lembap dan berminyak, memang puas dapat makan dengan nasi panas.

Ia adalah hidangan yang menyelerakan, penuh dengan rasa yang lazat. Gabungan sempurna sotong segar yang digoreng dengan kunyit dan rempah, menghasilkan gabungan rasa yang kaya dan memukau.

Baca juga: Tip Pilih Sotong Segar Yang Ramai Orang Tak Tahu, Nombor 2 Paling Kena ‘Hadam’

Bila adunan ini melekat kuat pada permukaan sotong, ia menghasilkan salutan rangup dan warna keemasan apabila digoreng dalam minyak panas.

Memang aroma kunyit dan rempah yang menjalar dari hidangan ini akan membuatkan perut anda berasa lapar. Tanpa membuang masa, ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Aisyah Humaira ini. 


RESIPI SOTONG GORENG KUNYIT BEREMPAH

Sotong goreng kunyit berempah. Sesekali makan yang lembab-lembab macam ini pun sedap sebab bila gaul dengan nasi panas, kunyit dan minyak yang lembab-lembab itu melekat kat nasi. Lepas itu patahkan sikit cili padi hijau itu biar rasa pedas-pedas masin ngam!

sotong goreng kunyit berempah

Bahan-bahan yang diperlukan: 

Bahan sayuran:

  • Bunga kubis, bawang dan kacang panjang secukupnya 

Cara-cara memasak:

1. Gaulkan sotong dengan semua bahan diatas kecuali sayur dan minyak. Tak letak air sebab masa buat ini sotong masih berair. 

2. Panaskan minyak tumis bawang hingga layu.

3. Masukkan sotong dan ratakan. Jangan terus kacau nanti melekat biarkan dia masak dulu sekejap, api mesti kecil atau sedang nak bagi air sotong tu keluar, jadi kita tak masukkan air. Sotong dah separuh masak masukkan bahan sayuran dan kacau semua bagi sebati dan masak.

4. Siap. Kalau nak sotong garing lebihkan minyak. 

sotong goreng kunyit berempah


Selamat mencuba resipi Sotong Goreng Kunyit Berempah ini.

Baca juga: Kari Sotong Tumis Darat, Memang Sedap Menjilat Jari Guna Resipi Ini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN