ayam panggang rosemary

Jom cuba buat perapan Ayam Panggang Rosemary dari resipi Cik Puan Nor Atika Nazirah ini. Juicy dan lembut je isi ayam. Kalau dapat buat mesti satu keluarga tak pandang kiri kanan dah.

Memang jimat kalau buat sendiri. Resipi ini rasanya seakan ayam panggang di restoran. Malah, bahan perapannya lebih padu. Anak-anak pun seronok dapat makan ayam sebegini sekali-sekala.

Baca juga: Ayam Bakar Kicap Juicy, Resipi Tak Perlu Perap, Tinggal Bakar Je!

Lepas ini jimatlah duit poket kita. Sebab dah tahu ada resipi sedap macam ni. Kalau craving nak makan, beli je bahan-bahan. Tanpa membuang masa lagi, jom tengok cara-cara penyediaannya.


RESIPI AYAM PANGGANG ROSEMARY

Sesiapa nak resipi ni, boleh ambik. Memang kalah ayam kenny rogers tau! Sedap dimakan bersama Nasi Butter, mash potato dan wajib ada kuah gravy Blackpapper sauce mushroom. Ayam panggang ini sedap jugak dimakan bersama nasi butter. Nak makan dgn mash potato dan sauce blackpapper lagi mantap!

bahan ayam panggang

Bahan untuk panggang:

  • 1 ekor ayam
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 sb rosemary kering
  • 1 inci halia
  • 1sb lada hitam
  • 1sb jintan kasar/manis
  • 2sb gula perang (boleh juga guna gula merah)
  • 2sk garam
  • 3sb olive oil
  • 2sb jus limau/lemon 
  • 3-5 biji kentang (buang kulit dan potong 4)
  • 2 biji tomato 
  • 6 biji baby carrot
  • Sedikit butter 

Bahan kuah gravy:

  • Setengah peket serbuk gravy chicken 
  • Susu full cream separuh dari kotak
  • Buttercup
  • Blackpapper lebihkan sikit
  • Mushroom slice dalam tin
  • Olive oil
  • Bawang holland sebiji

Cara penyediaan ayam panggang:

1. Letak ayam dalam loyang bakar yang sesuai. Tumbuk halia dan gaul halia dengan ayam.

2. Panaskan minyak zaitun. Goreng bawang putih hingga kekuningan. Ketepikan.

3. Tumbuk rosemary hingga lumat. Masukkan lada hitam dan jintan kasar, tumbuk sekali. Kemudian masukkan bawang putth tadi, tumbuk lagi.

4. Masukkan lebihan minyak zaitun (yang diguna goreng bawang putih tadi), gula perang, garam dan jus lemon dalam rempah yang ditumbuk. Gaul sebati.

5. Susunkan kentang dalam loyang yang sama dengan ayam.

6. Gaulkan rempah pada ayam dan kentang.

7. Panaskan ketuhar 180C. Bakar sehingga ayam masak. Lebih kurang 40 minit – 1 jam. Saya bakar dalam 45 minit. Bergantung kepada kepanasan oven masing-masing. 

ayam panggang rosemary

Cara penyediaan kuah gravy:

1. Blend serbuk gravy ayam  bersama air panas, waktu blend ini kena letak sedikit demi sedikit dulu untuk elak ia berketul.

2.Kemudian tumis bawang holland bersama olive oil, dah garing bawang tu, masukkan kuah yang kita blend tadi. Api kena sederhana saja dan sentiasa kacau. Kalau tak nanti berketul kuah itu.

3. Selepas itu, masukkan susu full cream, mushroom, butter & blackpapper. Kacau sampai sebati. Dah mengelegak kuah tu. Boleh tutup api.

4. Sedia untuk dihidang bersama ayam yang siap dipanggang.


Selamat mencuba.

Baca juga: Ayam Bakar Mayonis Cara Mudah, Tinggal Perap Kemudian Bakar Je

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN