beef stroganoff

Pernah cuba makanan Rusia iaitu Beef Stroganoff ini? Jom cuba buat sendiri di rumah kalau inginkan kelainan dalam masakan. Dijamin sedap kerana hidangan ini memang popular dengan pelbagai variasi.

Baca juga: Cara Buat Beef Wellington Versi Mudah Dan Halal, Lagi Puas Hati!

Ia dibuat dari daging lembu yang ditumis dengan sos mustard atau sour cream. Beef Stroganoff atau beef stroganov ini asalnya di Rusia pada pertengahan abad ke-19, hidangan ini telah menjadi popular di seluruh dunia dengan variasi yang signifikan dari resepi asalnya.

Hidangan ini juga boleh dimakan begitu saja atau boleh dijadikan kuah untuk pasta. Memang sedap! 

Yang mana sukakan kelainan, boleh lah cuba resipi beef stroganoff yang dikongsikan oleh Cik Puan Nor Fazilah Abd Mohd ini.


RESIPI BEEF STROGANOFF MASAKAN RUSIA

beef stroganoff

Bahan-bahan:

  • 500g daging cincang
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 2 sudu besar butter
  • 250g cendawan butang – dihiris
  • 1 biji bawang holland – dihiris
  • 1 ulas bawang putih – dihiris
  • Stok rebusan daging
  • Sour cream
  • Daun parsley – cincang
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk kasar lada hitam 

Cara-cara memasak: 

1. Panaskan kuali dengan api sederhana hingga panas.

2. Tambahkan 2 sudu besar minyak. Masukkan cendawan dan biarkan masak selama 2 minit (atau sehingga brownish. kemudian balikkan, masak selama 1 1/2 minit lagi.

3. Ketepikan cendawan dan tambahkan 1 sudu besar butter yang tinggal di tengah kuali bersama dengan bawang, tumis hingga lembut. Keluarkan cendawan dan bawang dari kuali.

4. Masak daging lembu cincang dalam kuali hingga masak sepenuhnya. Tambahkan stok rebusan daging jika perlu.

5. Masukkan bawang dan cendawan dan gaul sebati bersama daging.

6. Tambahkan sour Crean dan biarkan mendidih perlahan hingga pekat.

7.Akhir sekali masukkan parsley, garam dan lada secukupnya mengikut citarasa.


Selamat mencuba resipi ini.

Baca juga: Sandwich Cheesy Beef Slice Air Fryer, Hanya Guna 4 Bahan Je, Jimat Masa!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN