Siapa anak-anak suka sangat makan kepak ayam? Jom cuba buat kepak ayam crispy garlic ini, mesti berhantu nak makan nanti.
Baca juga: Kepak Ayam Lemon Pepper, Resipi Viral Lebih 400K Views, Guna SEASONING Ini
Bukan setakat anak-anak, mak bapak budak pun suka. Kalau makan setiap minggu pun tak ada masalah sebab buat sendiri di rumah dan lebih jimat.
Ikuti resipi viral dari perkongsian Cik Puan Nor Fazilah Abd Mohd yang telah meraih sehingga 6.7K shares dari Facebook ini.
RESIPI KEPAK AYAM CRISPY GARLIC
Bahan perap ayam:
- 1kg kepak ayam – bersihkan
- Butter – dicairkan
- Bawang putih – tumbuk
- Italian seasoning
- Secubit garam
Bahan sos:
- 1/2 cawan mayonis homemade
- 1/4 cawan yogurt Greek
- 2 ulas bawang putih dikisar atau tumbuk
- 1 sudu teh jus lemon
- 1 sudu teh daun bawang cincang halus
- Lada hitam secukupnya
Cara penyediaan ayam:
1. Sediakan 1 mangkuk kecil, cairkan butter dan gaul bersama bawang putih yang sudah ditumbuk.
2. Dalam mangkuk lain perap ayam bersama Italian seasoning dan garam.
3. Sapu rata butter yang sudah dicairkan di atas ayam dan sedia untuk di masak. Boleh gunakan oven atau air fryer. Nak goreng pun tak ada masalah.
4. Akhir sekali tabur keju parmesan di atas ayam yang siap di masak.
Cara penyediaan sos:
1. Dalam satu mangkuk kecil, campurkan mayonis dan yogurt Greek.
2. Tambahkan bawang putih yang dikisar, jus lemon dan daun bawang cincang ke dalam mangkuk. Gaul ratakan semua bahan.
3. Perasakan sos dengan lada hitam secukupnya. Rasa dan sesuaikan dengan selera anda.
4. Biarkan sos Garlic Ranch dalam peti sejuk selama beberapa jam agar rasa dan kepekatan bahan-bahan dapat menyatu.
Selamat mencuba resipi ini.
Baca juga: Cara Buat Kepak Ayam Manis-manis Pedas, Tinggal Bakar Dalam Oven Je!