Kuah Bakso Style Indonesia, Ini Cara Buat Yang Simple Dan Tak Renyah.
Jom buat Bakso untuk juadah raya. Memang sedap tetamu nak hirup kuah bila dah penat beraya.
Nak membuatnya pun mudah cara penyediaannya. Seperti yang kita tahu, bakso merupakan masakan yang berasal dari negara jiran Indonesia dan tersebar luas di Malaysia.
Baca juga: Nasi Bukhari Dan Kuah Dalca Cara Mudah, Sesuai Untuk Jamu Orang Datang Beraya
Sangat ramai pengemar bakso ini. Bakso merupakan makanan yang berkuah yang menggunakan bebola daging didalam hidangannya. Bakso yang sedap adalah bakso yang dihidang panas-panas. Boleh terangkat dibuatnya.
Hirupan kuah bakso ditambah pula dengan campuran sambal kicap dan perahan limau pasti memikat hati anda. Bakso selalunya dicampur bihun didalamnya. Dan untuk mereka yang tak nak makan nasi waktu malam, boleh cuba resepi ni.
Ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Ekynn Aziz di laman Facebook ini. Beliau sudi berkongsikan resipi original dari Indonesia ini.
CARA BUAT KUAH BAKSO STYLE INDONESIA
Saiz hidangan: 10 orang makan
Bahan-bahan:
- Tulang daging RM10
- Bebola daging
- 2 biji bawang merah dihiris
- 2 batang serai dititik (taknak letak pn takpe)
- 1 helai daun pandan(taknak letak pn takpe)
- 1 1/2 kiub pati daging
- Perasa ajinomoto (boleh ganti maggi cukup rasa)
- Garam secukup rasa
- *2 biji bawang
- *6 ulas bawang putih
- *3@4 biji buah keras
- *1 inci halia
- *1 inci kunyit hidup
- *1 sb serbuk lada sulah\
Nota: Blend@tumbuk bahan bertanda *. Serai dan pandan tu bahan additional sahaja. Kalau taknak letak pun tak apa.
Cara-cara penyediaan:
1. Rebus tulang daging selama 30minit. Lagi lama lagi sedap.
2. Dalam kuali lain boleh tumis bawang hiris. Kemudian masuk kan bahan blend@tumbuk, pandan dan serai titik.
3. Dah naik bau boleh tuang bahan tumis dalam periuk rebusan tulang tadi. Dan masukkan bebola daging.
4. Perasakan dengan garam dan ajinomoto@maggi cukup rasa.
5. Rebus sampai bebola daging timbul. Timbul tu maknanya kuah dah masak. Siap untuk dihidang!
Boleh makan bersama bihun, mee serta kuey teaw. Bakso yang sedap dan lengkap dengan semua rasa perlu masukkan cili sos, kicap manis dan sambal cili.
Sambal cili tu anda cuma perlu kisar cili padi merah, bawang putih, secukup rasa dan air asam jawa sahaja. Kisar sampai hancur. Siap!
Selamat mencuba!
Baca juga: Nasi Tomato ‘Simple’ Untuk Juadah Raya, Sekali Dengan Resipi Ayam Masak Merah Dan Acar