ikan bakar asam jawa

Pernah makan Ikan Bakar Asam Jawa? Sekali cuba pasti tak cukup satu! Kalau makan di kedai, harga boleh tahan mahal juga.

Nak lagi puas hati, kita cuba masak sendiri di rumah menggunakan resipi perkongsian oleh Rozmaliza Omar di bawah.

Ikan bakar ini ada rasa masam-masam dan manis. Pastikan gula mencukupi untuk seimbangkan rasa masam pes asam jawa.

Baca juga: Resipi Air Asam Paling Sedap, Cicah Ikan Bakar Memang Terangkat!

Resipi Ikan Bakar Asam Jawa

Bahan-bahan:

  • 5-6 sdb pes asam jawa
  • 4 sdb cili kisar
  • 2 sdb sos tiram
  • 3 sdb kicap manis
  • 1 sdb kicap pekat
  • 2 sdb tepung jagung (jgn campur air)
  • Sedikit garam
  • Serbuk perasa
  • Gula perang secukup rasa (biar seimbang rasa masam dan manis)

Cara-cara:

1. Ikan cencaru siakap dibelah belakang dan dibersihkan. Lumur ikan dengan sedikit garam. Ketepikan sebentar.

2. Masukkan semua bahan-bahan di atas ke dalam mangkuk. Gaul hingga rata. 

3. Rasa terlebih dahulu untuk pastikan masam manis pes ini. Tambah gula sekiranya pes terlebih masam.

4. Kemudian sudukan pes ke dalam perut ikan secukupnya.

5. Letakkan sedikit minyak ke dalam pemanggang ajaib, susunkan ikan cencaru yang telah disumbat dengan pes tadi dan bakar hingga masak.

ikan bakar asam jawa

6. Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba.

ikan bakar asam jawa

Kredit: Rozmaliza Omar

Baca juga: Ini Rahsia Buat Sambal Ikan Bakar Sedap, Rugi Tak Cuba

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN