resepi kari kambing

Nak tahu resepi kari kambing paling mudah dan sedap? Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh Khairul Abdullah di bawah.

Berbeza dengan kari yang biasa kita buat, cara ini tidak menggunakan santan sebaliknya digantikan dengan yogurt asli.

Tengok gambar pun dah nampak mengiurkan! Kalau dapat makan memang sedap. Jom sama-sama cuba ya, semoga bermanfaat!

Baca juga: Cara Masak ‘Kari Ayam Versi Nepal’ Tanpa Guna Santan, Ganti Yogurt Lagi Sedap Berlemak

Resepi Kari Kambing Paling Mudah

Bahan-bahan:

  • 300-500gm ketulan daging kambing
  • 5 ulas bawang merah dihiris nipis*
  • 3 ulas bawang putih dihiris nipis*
  • 1 kulit kayu manis*
  • 2 kuntum bunga lawang*
  • 3 kuntum bunga cengkih*
  • 5 biji buah pelaga*
  • 3 tangkai daun kari*
  • 1 bungkus rempah kari daging Cap O
  • 130gm atau 1 cawan yogurt
  • 3 biji kentang dibelah 4 jika ada
  • 1 biji tomato dibelah 8 jika ada

Cara-cara:

1. Bancuh rempah kari dengan sedikit air jadikan pes, masukkan kambing dan gaul sebati. 

2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan bertanda (*) sehingga harum dan masukkan kambing tadi.

3. Kacau sebati dan tambah secawan air. Tutup periuk dan biarkan kambing masak.

resepi kari kambing

4. Kemudian boleh tambah secawan air lagi dan masukkan kentang (kalau tak ada kentang pun tidak mengapa), biar kentang empuk kemudian masukkan yogurt.

5. Kacau sebati dan masukkan tomato dan garam. Tutup api.

resepi kari kambing

Siap, selamat mencuba!

resepi kari kambing

Kredit: Khairul Abdullah

Baca juga: Jom Buat Kambing Peratal, Sedap Dinikmati Bersama Nasi Atau Roti

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN