miang pla pao

Pernah cuba hidangan Miang Pla Pao? Sajian Thailand ini sangat popular dan wajib cuba jika melancong ke sana tau. 

Jika anda perasan, sesiapa yang melancong ke Thailand pasti akan berkongsikan gambar Miang Pla Pao ini di media sosial.

Sajian ini berasaskan ikan yang dihidangkan bersama aneka ulam, salad dan laksa siam/bihun yang dicicah bersama sos hijau istimewa.

Baca juga: Buat Ikan Bawal Bakar Berempah Macam Ini, ‘Konfirm’ Suami Puji Berbakul!

Kadangkala ada juga yang hidang dengan aneka makanan laut panggang. Nampak sangat sedap kan?

Bagi yang nak rasa, resipi perkongsian dari Keroroyz Royz ini korang boleh cuba. Mudah sangat rupanya. Tak payah susah-susah ke Thailand dah. Boleh buat sendiri di rumah.

Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.


RESIPI MIANG PLA PAO

Perghh sedap betul Miang Pla Pao ini. Korang boleh cuba resipi mudah ni. Kalau makan kat kedai ni mesti mahal untuk seekor ikan. Baik buat sendiri lagi puas hati dapat makan banyak!

Bahan-bahan: 

  • 1 ekor ikan siakap/bawal/tilapia saiz sederhana- cuci bersih, lumurkan dgn garam & lada putih
  • 1 batang serai diketuk
  • 3-4 helai daun limau purut- dikoyak-koyak sikit

Bahan sayuran: 

  • 7-8 helai daun salad dikoyak dua
  • 1/2 btg carrot – dipotong panjang
  • 1/2 btg timun jepun – dipotong panjang
  • Sedikit suun – dicelur
  • 1 pokok ketumbar – dihiris pjg mancis
  • 8 biji tomato cheri – dibelah 4
  • Kacang tanah sangai – optional

Bahan sos:

  • 10 biji cili padi siam – dicincang
  • 2 ulas bwg putih – diparut/cincang
  • 3 sdm sos ikan/nampla
  • 1/2 cwn sos manis Thai Maepranom 
  • 1 sdk jus limau nipis
  • 1/2 cawan air
  • 1 tgkai daun ketumbar bersama akarnya – dihiris halus
  • 1 sdk gula nisan jika perlu

Cara membuatnya: 

 1. Masukkan serai & daun limau purut ke dalam perut ikan. Bakar atau grill ikan hingga masak. Kalau tak rajin goreng deep fry hingga ikan masak garing.

2. Kalau guna airfryer – panaskan dulu pada suhu 200c selama 2 hingga 3 minit. Kerat ikan menjadi dua. Airfry selama 15-20minit sehingga masak keperangan.

Cara membuat sos:

1. Campurkan semua bahan kecuali daun ketumbar dan jus limau kedlm periuk. Didihkan sebentar.

2. Tutup api n masukkn daun ketumbar dan jus limau. Balancekn rasa pedas, manis, masam & masin.

3. Sos tidak perlukan garam sebab sos nampla dah masin & sos manis Thai memang sedia manis. 


Cara makan pula, ambil sekeping salad, letak suun, sayuran, cubit isi ikan, sos & bungkus masuk mulut.

Siapa suka makan miang kham, Vietnamese rolls mesti akan berkenan dengan hidangan ni, bahan boleh tambah ikut citarasa masing-masing. Kalau di Thailand ikan itu mereka biarkan bersisik & salut breadcrumb & garam then bakar sahaja. Sos pencicah pula guna cili hijau, dikisar dan tak dimasak.

Selamat mencuba!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN