ketupat sotong

Ketupat sotong merupakan salah satu manisan yang terkenal berasal dari negeri Pantai Timur. Namun ada perbezaan di antara ketupat sotong Kelantan dan Terengganu.

Versi Kelantan berwarna coklat, pekat dan lebih manis, menggunakan gula melaka @ nise. Berbeza dengan Terengganu yang lebih bersantan dan kurang manis.

Semuanya punya kelebihan dan keenakan yang tersendiri. Nak cuba rasa Ketupat Sotong versi Kelantan? Saudari Zurila Ghani ada kongsikan resipinya.

Resipi Ketupat Sotong Kelantan

Bahan-bahan:

  • 2 cawan beras pulut
  • 1 kotak santan Sedikit garam
  • 1 kilo sotong segar
  • 2 keping nise atau gula melaka
  • 1 biji bawang merah | dihiris
  • Sedikit halia | dihiris
  • 3 helai daun pandan
  • Sedikit halba
  • Air secukupnya

Cara memasak:

1. Bersihkan beras pulut. Rendam dengan sedikit santan dan garam. Biarkan sehingga kembang dalam sejam.

2. Basuh sotong bersih-bersih. Terpulanglah mahu siat kulitnya atau tidak. Kemudian toskan.

3. Masukkan beras pulut yang telah direndam tadi. Isikan separuh saja dalam sotong, letak kepala sotong dan cucuk dengan pencungkil gigi untuk mengelakkan beras pulut terkeluar atau sotong pecah.

4. Masukkan air santan yang digunakan untuk rendam beras tadi, sedikit santan, nise atau gula melaka, bawang merah, halia, garam, daun pandan, halba, air dan sotong.

5. Buka api. Biar sehingga sotong masak baru masukkan lebihan santan kotak tadi. Tunggu sehingga mendidih dan boleh tutup api.

Selamat mencuba!

Kredit: Zurila Ghani

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN