Baru-baru ini tular seorang Mat Salleh cuba Menu Rahmah yang menjadi bualan ramai sejak kempen ini dijalan 31 Januari lalu.
Langkah yang dilakukan ini turut disambut baik oleh rakyat Malaysia yang menyifatkan ia berbaloi serta membantu mereka mendapatkan makanan yang berkhasiat dan mengenyangkan menerusi Menu Rahamah.
Perkara ini turut menarik perhatian seorang pelancong dari United Kingdom (UK) iaitu iaitu @veggiesontour atau dikenali sebagai Pat yang kagum dengan inisiatif yang dilakukan oleh Malaysia memandangkan kos sara hidup di kebanyakan negara mula meningkat.
Baca juga: Ini Senarai Lokasi Kedai Tomyam Yang Tawarkan Menu Rahmah RM5
Baca juga: Restoran Asam Pedas Antara 25 Lokasi Di Melaka Yang Perkenal Menu Rahmah
Menerusi video yang dikongsikan oleh Mat Salleh tersebut di TikTok, dia turut tidak melepaskan peluang untuk mencuba Menu Rahmah apabila berjaya menemui sebuah restoran vegetarian di Skudai, Johor Bharu yang menawarkan inisiatif itu.
Video Penuh:
@veggiesontour Menu Rahmah – have you tried it yet? 🇲🇾 #malaysia #makananviral #kualalumpur #anwaribrahim #malaysiatiktok #malaysiantiktok #johorbahru
Jelas Pat, untuk mencari Menu Rahmah di restoran vegetarian agak sukar kerana hanya menjumpa menu yang ditawarkan dengan lauk ayam atau ikan.
“Menu itu kebiasaannya dihidangkan bersama ayam atau ikan mereka (restoran) namun mereka jarang untuk mempunyai menu vegetarian.
“Tetapi semalam saya telah menemukan sebuah restoran vegetarian di Skudai yang menawarkan RM5 untuk sepinggan makanan,” katanya.
Di dalam video, individu itu turut menunjukkan dua jenis menu yang diberikan bermula dengan harga RM4 dan juga RM5 apa yang berbeza hanyalah jenis nasi yang diambil.
Pat juga menunjukkan hidangan yang dipesannya dipenuhi dengan sayuran yang banyak hingga hampir menutupi nasinya selain turut memuji makanan tersebut sedap.
Minta Perdana Menteri UK contohi Malaysia
Di akhir videonya, Pat turut meminta agar Perdana Menteri UK, Rishi Sunak untuk mencontohi inisiatif yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membuat satu menu yang boleh dibeli oleh masyarakat yang mempunyai pendapatan rendah.
Antara reaksi netizen:
Sumber: Tiktok @veggiesontour