ikan bawal bakar berempah

Ini dia resipi Ikan Bawal Bakar Berempah yang paling mudah dan confirm sedap! Kalau tengah cari resipi ikan bakar inilah salah satu yang patut korang cuba. Mesti suami puji berbakul sebab sedap sangat. Tak sampai 20 minit dah siap!

Sebenarnya sambal berempah ini bukan je boleh digunakan untuk ikan bakar sahaja. Ia boleh juga hasilkan sotong bakar, udang bakar, kerang bakar serta ayam bakar.

Baca juga: Ini Rahsia Buat Sambal Ikan Bakar Sedap, Rugi Tak Cuba

Walau bagaimanapun, terima kasih kepada Mohd Faisel Ab Halim ni sebab sudi kongsikan kepada kita macam mana nak hasilkan ikan bawal bakar berempah yang sedap dan marvellous.

Tengok daripada gambar pun dah nampak menarik dan buat kita rasa tak sabar nak makan. Warna merah sambalnya nampak menyelerakan bila dihidangkan dengan nasi putih.


RESIPI IKAN BAWAL BAKAR BEREMPAH

ikan bawal bakar berempah

Bahan-bahan:
  • Ikan bawal
  • Daun pisang
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci halia
  • 2 batang serai
  • 3-4 ulas bawang putih
  • Serbuk kunyit
  • 1 labu kecil bawang besar atau bawang merah
  • 2 senduk cili kering kisar
  • Lada hitam – optional
  • Belacan – optional
Cara-cara:
1. Kisar semua bahan hingga sebati – kecuali ikan dan daun pisang.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar.
3. Masukkan garam gula dan perasa secukupnya. Masak hingga garing dan ketepikan.
4. Letakkan ikan di atas daun pisang.
5. Lumurkan pes pada ikan dan balut ikan.
6. Panaskan kuali leper atau non-stick.
7. Bakar sebelah bahagian dahulu, kemudian terbalikkan. Bakar hingga masak.
8. Kemudian boleh hias mengikut kesukaan.

Mudah je kan nak buat ikan bakar ini sebenarnya. Buat banyak-banyak stok sambal dan simpan dalam peti. Bila nak guna, ada binatang nak dibakar, salutkan aje. 

Sesetengah orang ada yang suka kisar serai separa hancur. Bila dibakar dan masak, bau serai nya akan lebih wangi dan sedap.

Nak lebih menarik, bakar binatang kesukaan kita tu dengan beralaskan daun pisang. Barulah feeling macam kedai kan. Makan dengan nasi, confirm bertambah-tambah dibuatnya.

Selamat mencuba!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN