mihun goreng kosong

Siapa yang jenis suka ‘kuis’ sayur dalam mihun goreng ke tepi pinggan tu, angkat tangan cepat! Yang jenis tak suka makan sayur, jom buat mihun goreng kosong macam ni. ‘Kosong’ di sini bermaksud tidak menggunakan sebarang lauk mentah seperti ayam, udang atau sotong.

Walaupun mihun kosong, mihun yang dimasak nampak cantik dan berkilat. Rahsianya adalah masukkan kicap dalam tumisan. Kicap yang dicampur dengan minyak, menjadikan mihun akan elok berkilat, jangan tuang kicap pada mihun di akhir sekali, nanti bila digaul mihun jadi tidak sekata warnanya.

Selain itu untuk mengelakkan mihun tidak hancur, gaul mihun menggunakan pengepit. Sangat mudah disediakan, cepat dan sangat sedap. Jadi jom mencubanya sendiri.

Resipi Mihun Goreng Kosong

Bahan-bahan:

  • 1 pek mihun
  • 3 biji telur
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 sudu sos cili
  • Sos tomato 2 sudu
  • Kicap manis secukupnya
  • Sedikit serbuk lada putih
  • 3 sudu cili kisar
  • Minyak masak untuk menggoreng
  • Mushroom seasoning
  • Garam secukup rasa

Bahan Tumbuk:

  • 5 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • Segenggam udang kering

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak dan goreng telur separuh masak dan ketepikan di kuali.

2. Dalam kuali sama, tumis bahan tumbuk hingga wangi.

3. Masukkan cili kisar, masak hingga agak garing.

4. Masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato dan kacau rata.

5. Kemudian masukkan kicap manis, mushroom seasoning dan garam secukup rasa. Gaul sebati.

6. Masukkan mihun dan kacau rata bersama telur yang diketepikan tadi. Taburkan lada putih.Gunakan pengepit untuk ratakan mihun dan agar mihun tidak terputus. Taburkan daun bawang sebelum dihidangkan.

Kredit: Yatiekitchen

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN