jeli sagu mangga

Bayangkan waktu tengah hari yang panas, kita dapat makan Jeli Sagu Mangga yang sejuk. Fuh! Memang tak cukup sebekas kalau buat. Sedap dia hanya tekak je yang tahu.

Mudah sangat nak buat pencuci mulut ini. Semua orang boleh buat. Cuma kenalah ada bahan utamanya iaitu buah mangga. Sebab kita akan gunakan isi mangga tersebut.

Baca juga: Cara Masak Sagu Supaya Tak Berketul, Ikut Cara Ni Boleh Tahan 2 Minggu Dalam Peti

Kalau dekat rumah korang ada tanam pokok mangga, lagi senang tinggal petik je bila dah masak. Tapi yang tak ada boleh je beli di pasaraya atau kedai Acheh berdekatan. 

Penulis cadangkan korang guna isi mangga yang manis, sebab kalau masam, rasa jelinya akan jadi masam. Dah tak ‘feel’ nak makan sejuk-sejuk. Macam makan jeli jeruk pula. Hiks!

Resipi ini telah dikongsikan sendiri oleh Food Kraft di Facebook dan meraih sebanyak 63K shares! Mesti ramai tak sabar nak mencubanya. Jom kita tengok.


RESIPI JELI SAGU MANGGA

jeli sagu mangga

Antara pencuci mulut yang paling sedap dimakan. Selain nak makan waktu tengah musim panas, boleh juga buat sebagai snacks waktu malam. Gantikan agar-agar kepada yogurt.

Bahan-bahan: 

 

  • 2 biji mangga masak – potong dadu
  • 3/4 tin susu pekat manis
  • 1/2 tin susu pekat Jersey Mango – untuk agar-agar
  • 1 paket agar-agar Mr. Gulaman
  • 1 cawan sagu
  • 1 paket krim serba guna

Cara membuatnya:

1. Dalam periuk masukkan air, susu pekat Jersey Mango dan agar-agar Mr. Gulaman. Kacau berterusan. Potong dadu mangga dan agar-agar.

jeli sagu mangga

2. Masukkan krim serba guna yang telah disejukkan ke dalam mangkuk adunan. Gaulkan sekurang-kurangnya 5 minit.

3. Kemudian, tambah susu pekat manis.

4. Masukkan sagu, agar dan mangga ke dalam adunan. Gaul sebati. Simpan sedikit untuk topping.

5. Sejukkan semalaman atau sekurang-kurangnya 4 jam kemudian dah boleh makan!


Mudahnya nak buat Jeli Sagu Mangga ni. Selamat mencuba dan menjamu selera!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN