kuih cara berlauk

Dah lama tak merasa Kuih Cara Berlauk ini. Antara kuih tradisi melayu yang semakin hilang ditelan zaman. Tapi tak adalah terus hilang, sebab masih ada lagi penggemar kuih ini yang akan mencari resipi untuk buat sendiri di rumah.

Tapi kalau nak buat jual pun tak ada masalah sebab penulis pun tengok jarang-jarang yang menjual kuih acar lauk inti daging ini. Kalau ada pun, rasanya macam ‘kureng’ sedikit. 

Baca juga: Sedapnya Bingka Kelapa, Kuih Tradisional Yang Makin Susah Nak Jumpa

Untuk kuih acar berlauk ini, selain inti daging, ia juga boleh dibuat menggunakan inti ayam. Jadi ada kepelbagaian untuk membuatnya. 

Tapi kalau nak nampak lagi autentik kemenjadiannya, boleh guna acuan kuih tradisional macam gambar di atas. Memang nampak klasik dan sedap.

Yang penting, jangan kedekut nak letak isi di atas. Kuih ini juga biasanya kita jumpa ketika bulan ramadan, majlis keramaian atau kenduri kendara dan selalunya mendapat permintaan yang tinggi.

Resipi ini telah dikongsikan sendiri oleh Khairul Hafizi melalui laman Facebook. Korang pun boleh buat sendiri di rumah!


RESIPI KUIH ACAR BERLAUK INTI DAGING 

Apa yang menarik tentang kuih ini ialah korang dapat rasakan sendiri tekstur lembut dan lemak-lemak kuih ini.

kuih cara berlauk

Bahan-bahan inti:

  • 300g daging kisar
  • 2 sdb serbuk kari
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih

Bahan-bahan hiasan:

  • 2 tangkai cili merah – hiris halus

Bahan-bahan adunan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 4 cawan santan cair
  • 1/2 sdk garam
  • 1/2 sdk pewarna kuning

Cara-cara membuat inti:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga kekuningan.

2. Masukkan bancuhan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air dan masak sehingga pecah minyak.

3. Masukkan ayam kacau sehingga kering airnya.

4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.


Cara membuat adunan kuih cara:

1. Bancuh semua bahan adunan kuih cara daan kacau sehingga sebati. Tapis dengan penapis supaya tiada ketulan tepung. Nak mudah bancuh di dalam blender saja.

2. Panaskan loyang kuih cara dan sapu sedikit minyak. Tuang adunan ke dalam acuan dan sudukan inti ke atas kuih.

3. Kemudian tabur dengan hirisan cili, daun bawang, daun sup dan bawang goreng.

4. Tutup loyang dengan penutupnya atau tudung periuk.

5. Masak selama lebih kurang 3-4 minit di atas api perlahan. Kemudian sudah boleh diangkat.

6. Siap untuk dihidang!

kuih cara berlauk


Lepas ini dah boleh buat sendiri kuih cara berlauk ini di rumah. Tak perlu dah beli diluar lagi. Selamat mencuba!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN