ikan talapia goreng

Jika ada ikan talapia dalam peti ais, boleh cuba buat ikan talapia goreng seperti yang dikongsikan ini. Bukan sekadar lumur garam dan kunyit, ada bahan lain yang anda perlu gunakan supaya ikan talapia goreng menjadi lebih sedap, lazat dan wangi.

Ikan goreng ini memang sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas. Cukup satu lauk ini, tak perlu lauk lain dah.

Selepas ini, jom cuba goreng ikan menggunakan resipi yang dikongsi oleh Cik Ning Haniey di bawah. Confirm masak berulang punyalah!

Resipi Ikan Talapia Goreng

Bahan-bahan:

  • Ikan talapia
  • Kunyit hidup
  • Halia
  • Serai
  • Bawang putih
  • Cili
  • Garam
  • Ajinamoto

Cara-cara:

1. Tumbuk kunyit hidup, halia, serai, bawang putih, cili, garam dan sedikit ajinamoto di dalam lesung.

2. Lumurkan bahan tumbuk tadi pada ikan dengan sekata.

3. Bila dah siap lumur rempah tumbuk pada ikan, perapkan terlebih dahulu supaya meresap ke dalam ikan.

ikan talapia goreng

4. Selepas siap diperap, goreng ikan sehingga masak dan garing.

5. Semasa dalam proses menggoreng ikan, anda akan menghidu bau ikan yang sangat wangi hasil dari rempah yang ditumbuk tadi.

6. Hasilnya selepas ikan siap digoreng. Sedia untuk menjamu selera. Selamat mencuba!

ikan talapia goreng

Kredit: Cik Ning Haniey

Baca juga: Petua Masak Gulai Kuning Lengkuas Ikan Aya Pekat & Sedap, Ikut Cara Orang Tua Dulu

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN