coklat almond cluster

Bila tiba bulan Ramadan, ibu-ibu pasti sudah mula memikirkan biskut raya untuk dibuat kan? Jangan pening kepala, jom cuba resipi coklat almond cluster yang paling mudah ini.

Hanya perlu menggunakan 3 bahan, anda sudah boleh menghasilkan biskut raya yang sedap dan pasti digemari oleh seisi keluarga.

Jom lihat resipi lengkap dan cara membuatnya di bawah. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Resipi Biskut Makmur Susu ‘Gebu’ Guna Sukatan Cawan, Sedap Cair Di Mulut!

RESIPI COKLAT ALMOND CLUSTER

Bahan-bahan:

  • 500g almond strips
  • 350g milk chocolate coin beryls
  • 200g dark chocolate coin beryls

Cara-cara:

1. Sangai badam sehingga garing selama 15 minit. Kemudian, sejukkan.

2. Sambil tunggu kacang sejuk, cairkan coklat dengan menggunakan teknik double boil.

3. Bila coklat dah cair, angkat dan biarkan ia sedikit sejuk.

4. Seterusnya, campurkan badam ke dalam coklat tadi. Gaul rata.

5. Sudukan ke dalam papercup. Sejukkan di dalam peti selama 10 minit.

6. Simpan dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba!

Kredit: Nor Azliza Mohamed

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN