sotong garam lada

Angah Raja Lawak tidak asing dalam arena hiburan tanah air. Selain menceburi diri dalam bidang lakonan dan komedi, dia juga minat dalam dunia masakan.

Jika ada yang belum tahu, Angah dinobat sebagai Naib Juara dalam rancangan Masterchef Selebriti Malaysia 2012! Kini, dia juga aktif berkongsi pelbagai resipi menarik d laman TikTok miliknya.

Salah satu resipinya yang telah ‘viral iaitu Resipi Sotong Garam Lada. Raih jumlah tontonan hampir 2.1 Juta! Kalau ada yang nak cuba, jom follow resipi di bawah.

Cara Masak Sotong Garam Lada Versi Angah Raja Lawak

Bahan-bahan:

  • Sotong
  • Lada hitam
  • Garam
  • Tepung gandum
  • Tepung beras
  • Serbuk pati ayam
  • Minyak masak
  • Butter
  • Halia
  • Lada merah
  • Daun bawang
  • Gula perang
  • Lemon

Cara-cara:

1. Cuci bersih sotong. Hiris mengikut kreativiti anda. Ketepikan.

2. Dalam kuali, satukan garam dan lada hitam. Sangai seketika, kemudian tuangkan ke dalam lesung dan tumbuk sehingga menjadi serbuk halus.

3. Gaulkan sotong tadi bersama sedikit serbuk garam dan lada yang sudah ditumbuk tadi.

3. Dalam mangkuk, satukan tepung gandum, tepung beras, serbuk garam dan lada (secukupnya sahaja) serta serbuk pati ayam. Gaul sebati.

4. Kemudian salutkan sotong dengan bancuhan tepung kering tadi.

5. Goreng dalam minyak panas sehingga masak. Angkat dan toskan.

6. Dalam kuali lain, tuangkan sedikit minyak masak. Masukkan sedikit butter, halia, lada merah dan daun bawang (hiris halus). Perasakan juga dengan serbuk garam dan lada. Masukkan sotong.

8. Tambahkan gula perang sesuai selera serta sedikit perahan lemon. Gaul rata.

9. Akhir sekali, taburkan daun bawang yang dihiris kasar. Gaul sebati dan sedia untuk dihidangkan.

Video penuh:

Kredit: TikTok angahchef

Baca juga: Dipuji Sering Kongsi Menu Diet, Kali Ini Atikah Suhaimi Cipta Resipi Baru ‘Singgang Mat Salleh’

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN