Kalau anda peminat kari style mamak, boleh cuba resipi kari ikan kembung ala kedai mamak ni.
Maklumlah bila sebut je masakan kari, auto teringat kari kat mamak kan? Kari mamak ni sedap dia bukan biasa-biasa.
Dengan aroma kari yang menusuk, kuah yang pekat sememangnya sangat menggoda! Jom ikut resipi di bawah.
Kari Ikan Kembung Mamak Style
Bahan A:
- Daun kari
- Halba campur guna 1/2 peket sahaja (wajib ada kalau buat kari ikan)
- Rempah 3 sekawan
Bahan B:
- Halia sedikit
- Bawang kecil 5 biji
- Bawang putih 4 ulas
Kisar halus semua bahan B, jangan terlalu banyak air.
Bahan C:
- Rempah kari ikan cap o 1 paket
- Serbuk kunyit 1 sudu
- Serbuk cili 2 sudu
Bancuh dengan air.
Bahan-bahan lain:
- Ikan kembung 4 ekor
- Tomato potong dadu 1 biji
- Air asam jawa (jangan banyak nanti masam)
- Santan
- Bendi/terung
Cara-cara:
- Tumis bahan A sampai naik bau. Guna minyak dalam kuantiti yang agak banyak.
- Bila dah naik bau, baru masukkan bahan B yang sudah dikisar.
- Kacau sebati semua bahan, masukkan pula bahan C dan tumis sampai pecah minyak. Tumis bersama tomato yang sudah dipotong dadu sehingga semuanya sebati.
- Masukkan pula air asam jawa, agak-agak nak kuah banyak mana. Jangan terlalu cair nanti tak sedap.
- Kemudian tuangkan sedikit santan. Biarkan sehingga pecah minyak dan kuah jadi cantik macam ni.
- Letakkan garam secukupnya. Kemudian bbleh letak bendi, tomato yang dibelah 4 mengikut cita rasa masing-masing.
- Kuah kari akan rasa masam semasa tengah masak sebab air asam belum sebati. Lepas 1 jam semua rasa akan sebati.
- Selamat mencuba!
Kredit: Siti Nor Azizah Rahim