english muffin

English muffin atau dikenali sebagai muffin sering dijadikan menu sarapan pagi yang sesuai dimakan bersama jem, telur ataupun daging burger.

Untuk resipi kali ini, bahan-bahan yang digunakan juga mudah untuk dijumpai. Jadi anda wajib cuba resipi yang dikongsi oleh Siti Hasneza Abdul Hamid ini.

Resipi English Muffin Yang Mudah Dan Sedap

english muffin

Bahan-bahan:

  • 2 sudu makan mentega/marjerin
  • 1 cawan susu segar (suam)
  • 1/4 cawan air panas
  • 2 sudu teh yis segera
  • 2 cawan tepung gandum (wholemeal)
  • Tepung gandum
  • Suji/cornmeal

Cara-cara:

  1. Cairkan mentega/marjerin.
  2. Tuangkan susu ke dalam bekas berisi mentega tadi. Oleh sebab mentega belum cair saya tambah 1/4 cawan air panas.
  3. Tambah 2 sudu yis. Biar sehingga yis aktif. Bila ada buih kecil maksudnya yis aktif.
  4. Tambah tepung sedikit demi sedikit. Boleh juga letak tepung gandum selepas itu.
  5. Sambil tambah tepung, aduk-adukkan. Apabila adunan lekang/lepas dari bekas berhenti menambah tepung.
  6. Tutup dan masukkan dalam peti ais untuk dimasak esok. Jika hendak masak terus, biarkan pada suhu bilik sehingga doh mengembang sekali ganda.
  7. Alihkan doh yang sudah naik ke atas permukaan yang ditabur dengan sedikit tepung. Jika dari dalam peti ais, elok biarkan doh kembali ke suhu bilik (15 minit selepas keluar dari peti sejuk).
  8. Sediakan dulang yang ditabur dengan suji. Boleh guna cornmeal jika ada.
  9. Canai doh supaya tebal dalam 1 cm dan tekap dengan acuan bulat.
  10. Doh yang ditekap, letak atas tepung suji dan salut kedua-dua belah dengan tepung tersebut. Biarkan 5-10 minit sebelum mula membakar.
  11. Masak diatas kuali leper dan siap!

Baca juga:

Menu Sarapan Simple ‘Chicken Egg Wrap’, Ringkas Tapi Sedap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN