butter potato grilled

Pernah dengar tak resipi Butter Potato Grilled atau Kentang Bakar Butter? Sekali pandang macam wedges KFC tapi yang ini lagi sedap!

Penyediaannya pun sangat mudah. Sesuai untuk anak-anak yang tak nak makan nasi hari ini. Jadi tak renyah nak buat. Makanan western pula tu.

Artikel berkaitan: Cottage Pie Dengan Sos Bolognese Daging & Kentang Lenyek, Sedap Tau!

Rasanya yang padu dengan butter memang memikat hati betul! Nak tahu cara penyediaanya, jom ikuti resipi dari perkongsian Elle Izani Ellanie ini.

Resipi Butter Potato Grilled


Bahan-bahan:

  • 10 biji kentang Holland/India – Saiz kecik comel je tau, potong 4
  • 5 ulas bwg putih – cincang halus
  • 3-4 sudu besar butter
  • 1 sudu besar serbuk cukup rasa
  • 1 sudu besar gula
  • 2 sudu besar chili flakes
  • 1 sudu besar daun parsley/dry rosemary

Cara-cara:

1. Gaul semua bahan
2. Susun dalam dulang
3. Bakar suhu 180c (25 – 30 minit) – lagi garing lagi sedap. Siap!

Kami makan sekali dengan kulit, tak buang pun 😋

Kepada ibu-ibu yang nak jimat masa, boleh sangat cuba resipi ni. Manalah tahu ada rasa nak cuba resepi ni buat niaga, apa salahnya kan. Berkat perkongsian resipi ini, dapat juga bantu orang ramai.

Selamat mencuba!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN