petua untuk legakan bersin

Kerap bersin pada waktu pagi menyebabkan ramai kurang selesa. Hidung tersumbat, berair, meleleh, bersin, batuk, ini semua antara reaksi alergi menjengkelkan. Rupanya ada petua untuk legakan bersin, hanya menggunakan bawang putih dan air.

Baca juga: Doktor Ini Kongsikan 9 Petua Hilangkan Batuk Dan Sakit Tekak

Gejala alahan kadang kala berlaku disebabkan oleh allergic rhinitis atau dikenali sebagai resdung. Pakar otak dan kesihatan, Dr Rizal Abu Bakar berkongsi tip yang boleh dilakukan untuk melegakannya.

“Saya selalu dengar orang sebut pasal resdung. Bersin jangan cerita, sana sini dengar.

Saya dulu dulu pun kaki bersin. Tapi lepas amalkan petua yang saya nak kongsi ni, hilanglah bersin. Tiada lagi resdung,” katanya.

Menurut Dr Rizal, bahan utama yang digunakan ialah bawang putih dan air. Berikut langkah penyediaannya.

1. Ambil tiga hingga empat ulas bawang putih dan kupas kulitnya, hancurkan.

2. Masukkan dua cawan air dalam periuk.

3. Panaskan lebih kurang empat minit atau sehingga naik wap.

4. Masukkan bawang putih yang dihancurkan.

5. Ambil tuala kecil, letak atas kepala atau litupi kepala. Halakan wajah di atas air rebusan bawang putih yang berwap.

6. Sedut bau yang keluar dari wap tersebut yang mengeluarkan bahan yang melegakan. Antaranya allicin.

Menurut Dr Rizal, dia sendiri berasa lega selepas menyedut wap bawang putih.

“Paling best lendir akan keluar, boleh bernafas dengan lapang. Kepada yang alami sinus bolehlah buat. Nanti rasa lega, power bawang putih ni,” katanya.

Menurut webmd, bawang putih diiktiraf secara meluas kerana keupayaannya untuk melawan bakteria, virus, kulat, dan parasit.

Satu kajian mendapati allicin, iaitu komponen aktif bawang putih yang baru dihancurkan mempunyai ciri antivirus. Ia juga berkesan terhadap pelbagai jenis bakteria termasuk strain E.coli yang kebal terhadap ubat-ubatan.

Justeru, wanita yang menghadapi resdung, manfaatkan bawang putih. Ia bukan sahaja ramuan memasak di dapur, malah boleh melegakan sengsara bersin pagi.

Sumber: Instagram Rizal Abu Bakar

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN