
Musim hujan kalau dapat hirup kuah panas memang nikmat habis! Lagi-lagi kalau buat Maggi Kari Tumis, mesti berebut-rebut nak makan.
Memang Maggi ni kegemaran semua orang. Siapa yang boleh tolak bila dihidangkan, kan? Tapi nak masak Maggi Kari ini ada caranya tau. Silap langkah, rasa boleh spoil dan mood nak makan pun terganggu.
Resipi Lain: Nak Buat Maggi Chili Oil Viral? Guna 3 Bahan Ini Je
Maggi kari ini semua orang pandai buat. Asal magginya lembut, letak prencah, bubuh telur, masukkan sayur dah siap. Tapi nak yang super sedap mestilah ada caranya.
Ikuti resipi dari perkongsian Adie Ryhan ini. Tengok gambar pun dah boleh buat kita terliur tau.
Nak masukkan bahan apa, terpulang kepada kita. Ada yang suka masukkan ayam, sosej, dan nak mewah sikit boleh masukkan udang dan ketam. Memang hirup kuah sampai licin lah kita nanti.
Resipi Maggi Kari Tumis
Buat masa ini, min pernah buat maggi kari sahaja tau. Untuk maggi tomyam dan maggi lain belum pernah cuba. Boleh lah korang cuba jika tak suka yang kari.
Bahan-bahan:
- 1 pek Maggi Kari
- Bawang putih
- Bawang Holland
- Cili Padi
- 1 biji telur
- 1 sudu air limau
- Sayur Sawi
- Isi ayam / Udang / Sotong
Cara memasak:
1) Tumiskan bawang putih + bawang holland + cili padi.

2) Masukkan udang atau apa² lauk pilihan.
3) Masukkan sambal. Gaul sehingga rata.
4) Masukkan air, kemudian masukkan perencah Maggi kari.
5) Sedikit air limau.
6) Masukkan Maggi dan sayur pilihan. Besarkan api.

7) Sebelum Maggi lembut, slow kan api, pecahkan sebiji telur. Lepas tu kuat kan api balik.

Nak pedas, boleh racikkan cili padi dan tumis sekali pada awal tadi. baru lah ngam!
Sebelum ini pernah juga min tengok beberapa versi buat maggi kari tumis ini. Termasuklah yang dikongsikan oleh Kak Lina Pom Pom itu. Dia masukkan sedikit serbuk kari untuk sedapkan lagi rasa.
Selamat mencuba!

Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














