tempe goreng berempah

Musim hujan ni sedapnya kalau makan tempe goreng berempah yang rangup, cicah pula dengan sambal kicap. Fuhhh lazat sungguh!

Tapi ada caranya untuk buat bancuhan tepung salutan tempe ini sebelum digoreng supaya jadi garing. Selain tempe, ubi kayu juga boleh menggunakan resipi yang dikongsikan ini.

Baca juga: Cara Buat Sambal Kicap Power, Makan Dengan Apa Saja Pun Pasti Sedap!

Cara Buat Tempe Goreng Berempah Rangup

Bahan-bahan:

  • Tepung gandum
  • Tepung beras
  • Ketumbar
  • Jintan halus
  • Garam
  • Serbuk kunyit
  • Bawang putih
  • Air suam

Cara-cara:

1. Tumbuk semua bahan-bahan kecuali tepung.

2. Bancuh tepung dengan air suam dan sebatikan bahan yang ditumbuk.

3. Celupkan tempe yang telah dipotong ke dalam tepung dan terus goreng.

4. Agak-agak garing keemasan bolehlah angkat dan tos kan.

Makan dengan sambal kicap..wow!

Sumber: Mas Intan Masman

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN