apam nasi

Apam nasi tidak berapa menjadi sebelum ni? Selalu bila bukak penutup pengukus apam tu jadi kecut sebab kena wap air tu.

Dengan resipi yang dikongsi oleh Janna Hanie ni mesti apam nasi korang lepas ni sentiasa menjadi. Yang penting ikut semua langkah dan tips tau. Lepas dah siap hasil dia sangat menakjubkan.

Cara Buat Apam Nasi

Bahan-bahan:

  • 1 cawan nasi sejuk
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula (gula kami tak boh 1 cawan penuh, tu pun terasa manis, kalau tak suka manis tak perlu letak penuh 1 cawan)
  • 1 cawan air
  • 1 sudu yis (separuh paket yis)

Cara-cara:

  1. Blend nasi, gula, air sampai halus. Campur dengan semua tepung dan yis. Gaul sebati. Perap sampai naik satu kali ganda. Baru kukus.
  2. Nak pecah macam ni kukus guna api besar.
  3. Acuan jangan sapu minyak. (kalau nak sapu minyak, sapu la. Elok je time keluarkan dari acuan, memang ada melekat sikit tapi ada tips masa keluarkan biar kuih sejuk dulu & kuih betul² masak baru adunan tak melekat)
  4. Isi adunan penuh acuan.
  5. Kukus 10 minit (acuan kecik), kalau acuan besar (kukus lebih kurang 15-20 minit).

Hasil apam nasi sangat gebu dan enak kalau dicicah kopi.

apam nasi

Baca juga:

Wanita Ini Kongsi Resipi ‘Biskut Tumis’, Kombinasi Yang Pelik Tapi Ramai Nak Cuba

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN