kulit popia basah

Rupanya mudah saja nak buat sendiri kulit popia basah yang lembut. Kalau diperap semalaman dohnya, tekstur akan jadi lebih cantik dan licin.

Kulit popia basah ni nak tak nak kena buat sendiri, berbeza kulit popia goreng yang mudah dibeli dan ada dijual di pasaraya.

Ikut saja resipi dan cara-cara yang dikongsikan oleh Puan Rabiatul Adawiyah Binti Samsudin di bawah.

Cara Buat Kulit Popia Basah

“Siapa suka makan kulit popia? Kulit ni boleh buat popia basah, goreng, samosa, murtabak dan macam-macam kegunaan.

Ini saya buat untuk berniaga. Kalau bulan puasa biasa 15kg ke atas. Kadang-kadang sampai cecah 60kg sehari. Esok dah nak puasa boleh cuba buat untuk berbuka.

Saya versi selet saja tak gosok atas kuali dan tak guna putih telur dan cuka. Alhamdulillah masih lembut sangat.”

Bahan-bahan:

  • Tepung gandum sekilo (apa-apa cap pun boleh)
  • Air 600ml-900ml (anggaran saja)
  • Garam

Cara-cara:

1. Bancuh semua bahan macam nak buat cucur tapi air dikurangkan. Bancuhan tak terlampau cair dan tak terlalu pekat.

2. Perap 2 jam. Kalau nak tekstur lebih licin dan cantik. simpan dalam peti sejuk bawah lebih 4 jam hingga 8 jam atau semalaman. Tutup bekas dengan aluminium foil/plastik wrapping untuk elak permukaan atas tepung keras. Kulit pun rangup dan tak liat.

3. Selet atas kuali pan nonstick/ kuali popia.

Tips:

  • Guna api kecil saja. Jika selet tepung tak melekat tanda api terlampau panas. Jika selet dan tak boleh tarik dan melekat tanda kuali belum panas.
  • Gosok kuali dengan tepung dan sedikit minyak yang dioles pada kain bersih.

Sumber: Rabiatul Adawiyah Binti Samsudin

Baca juga: Kulit Popia Jadi Keras Kejung & Kering? Ini Cara Lembutkan Semula Guna Teknik Kukus

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN