mi sedaap

Mi Sedaap keluaran produk Indonesia didakwa mengandungi bahan kimia jenis etylene oxide iaitu sejenis bahan perosak menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

KKM juga mengesahkan tiada lagi kemasukan dua produk Mi Sedaap ini iaitu;

  • Mi Sedaap Korean Spicy Chicken Instant Noodles – tarikh luput 21 Mei 2023
  • Mi Sedaap Korean Spicy Soup Instant – tarikh luput 17 Mac 2023

Baca juga: Persatuan Halal Jepun Tarik Balik Produk Mi Segera Ada Babi Tapi Letak Logo Halal

Menurut kenyataan dari Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, semakan data mengesahkan dua produk Mi Sedaap berkenaan ada diimport tetapi tak melibatkan produk yang bertarikh luput seperti didakwa.

Tangkapan layar kenyataan dari Twitter KKM

“KKM akan sentiasa buat pemantauan di pasaran dan mengenakan tindakan Tahan, Uji, dan Lepas (TUL) di semua pintu masuk negara.

“Kami akan sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara yang mengancam kesihatan pengguna,” kata Dr Noor Hisham menerusi kenyataan tersebut.

Untuk makluman korang, ethylene oxide merupakan racun perosak yang tak dibenarkan penggunaannya dalam makanan menurut Peraturan-peraturan Makanan 1985.

Ini kerana, bahan tersebut mempunyai sebatian kimia yang bersifat karsinogenuk dan selalu digunakan untuk membasmi serangga perosak.


Fuhh, nasib baik tak lepas masuk Malaysia tau, beruntung kita ada KKM ini sebagai ‘gatekeeper’ huhuhu

Sumber: KKM

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN